KUALA LUMPUR: Malaysia percaya penglibatan yang lebih aktif oleh Amerika Syarikat di rantau Asia Tenggara adalah penting dari segi diplomasi, politik mahupun ekonomi.
Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar bagaimanapun berkata, ia juga berpotensi membawa cabaran geopolitik di rantau ini.
"Dalam berhadapan dengan situasi ini, Kerajaan akan terus mengambil pendekatan yang pragmatis dan mengekalkan hubungan serta kerjasama yang baik dengan semua negara, termasuk Amerika Syarikat.
"Pendekatan ini adalah bagi memastikan negara dapat manfaat yang penuh melalui setiap kerjasama yang terjalin.
"Kerajaan juga akan meneruskan dasar berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana negara kuasa besar dalam persaingan antara mereka," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Tegasnya, Malaysia juga akan sentiasa memberi penekanan kepada peri pentingnya dasar dan pendekatan oleh semua pihak yang boleh menyumbang kepada keamanan, kestabilan, dan kemakmuran di rantau Asia Tenggara berdasarkan kerangka-kerangka sedia ada.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH-Pulai) yang ingin tahu apakah persiapan Kerajaan menghadapi kemungkinan dasar luar Amerika Syarikat pasca pengunduran tenteranya secara besar-besaran dari Afghanistan khususnya kesan geopolitik di rantau Asia Tenggara.
Mengulas lanjut, Kamarudin berkata Amerika Syarikat adalah merupakan rakan penting dalam usaha kerajaan menangani pandemik COVID-19.
"Selain diplomasi kesihatan, terdapat pelbagai bidang baharu yang boleh diterokai bagi melonjakkan kerjasama antara kedua-dua negara.
"Antaranya tenaga boleh diperbaharui, robotik, kewangan, ekonomi digital, dan keselamatan siber," jelasnya.
Tambah beliau, Kementerian Luar Negeri akan terus bekerjasama dengan Kementerian-kementerian berkaitan kearah matlamat tersebut serta dalam memperkukuhkan lagi Perkongsian Komprehensif Malaysia-Amerika Syarikat yang dimeterai pada tahun 2014.
Pada masa yang sama, Kerajaan Malaysia akan terus memantau pelaksanaan dasar luar Kerajaan Amerika Syarikat dan kesannya di rantau Asia Tenggara.
Malah, kerajaan turut berpandangan bahawa pengunduran tentera Amerika Syarikat dari Afghanistan bukanlah faktor utama perubahan dasar luar negara tersebut di rantau Asia Tenggara.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Nov 22 2021
KAMARUDIN: Kerajaan juga akan meneruskan dasar berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana negara kuasa besar dalam persaingan antara mereka. - Gambar fail
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
AS umum pakej bantuan ketenteraan US$500 juta untuk Ukraine
Amerika Syarikat mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu bernilai US$500 juta untuk Ukraine bagi menyokong usaha pertahanan negara itu dalam menghadapi serangan berterusan Rusia.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
AS gesa kumpulan pembebasan Syria sokong kerajaan peralihan inklusif
Perbincangan menekankan bahawa HTS tidak seharusnya mengambil alih kepimpinan secara automatik.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Konflik Syria: Pasukan pembebas mara ke barat Deir ez-Zor
PENTADBIRAN Hal Ehwal Ketenteraan kumpulan pembebas Syria memaklumkan pasukan itu sedang mara di kawasan pedalaman barat Deir ez-Zor.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Manchester City buka kempen Piala Dunia Kelab berdepan Wydad AC
Piala Dunia Kelab, yang menampilkan pasukan terkemuka dari seluruh dunia, akan diadakan di 12 stadium seluruh AS dari 14 Jun hingga 13 Julai.