awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjara paling kejam di dunia kembali dibuka kepada pelancong

Agensi
Agensi
20/03/2021
01:49 MYT
Penjara paling kejam di dunia kembali dibuka kepada pelancong
Pada Ogos lalu, penjara yang pernah menempatkan individu seperti Al Capone dan George Machine Gun Kelly ini turut dibuka untuk pengunjung, namun hanya di kawasan luar sahaja sebagai langkah penularan pandemik COVID-19. -Foto AP
SAN FRANCISCO: Sebuah penjara yang memegang gelaran ‘penjara paling kejam di dunia’ kembali dibuka selepas lebih setahun dunia dilanda pandemik COVID-19.
Pintu masuknya bukan sahaja dibuka untuk pesalah mahupun banduan, tetapi ia kini menerima kunjungan orang ramai yang tidak pernah melakukan apa-apa kegiatan jenayah sekalipun.
Ya, ini kerana penjara Alcatraz yang terletak di San Francisco sememangnya dibuka kepada orang ramai bagi mereka yang ingin melakukan lawatan bagi melihat suasana di dalam tirai besi itu.
Para pengunjung perlu memakai pelitup muka dan mengekalkan penjarakan fizikal serta membersihkan tangan dengan cecair pembasmi kuman.
Para pengunjung perlu memakai pelitup muka dan mengekalkan penjarakan fizikal serta membersihkan tangan dengan cecair pembasmi kuman.
Namun, ia tidaklah seperti mana sejak penjara itu mula membenarkan kemasukan pengunjung bermula tahun 1972.
Kali ini, para pengunjung perlu memakai pelitup muka dan mengekalkan penjarakan fizikal serta membersihkan tangan dengan cecair pembasmi kuman.
Malah, antara kelainan bagi mereka yang ingin melawat ke penjara yang mempunyai kawalan ketat oleh anggota tentera itu ialah para pengunjung tidak disediakan sebarang pek makanan sewaktu pakej lawatan tersebut.
Para pengunjung tidak disediakan sebarang pek makanan sewaktu pakej lawatan tersebut.
Para pengunjung tidak disediakan sebarang pek makanan sewaktu pakej lawatan tersebut.
Pengangkutan feri yang akan membawa penumpang dari bandar San Francisco ke pulau itu dalam masa 15 minit turut mengehadkan kapasiti penumpang kepada 25 peratus sahaja atau bersamaan 150 penumpang sahaja pada satu-satu masa.
Pada Ogos lalu, penjara yang pernah menempatkan individu ternama dan berpengaruh seperti Al Capone dan George Machine Gun Kelly ini turut dibuka untuk pengunjung, namun hanya di kawasan luar sahaja sebagai langkah mengekang penularan pandemik COVID-19.

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Topic Berkaitan
#jenayah
#pelancong
#Penjara Alcatraz
#San Francisco
#penjara paling kejam di dunia
#pelitup muka
#COVID-19
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan