JAKARTA: Kejadian seorang wanita memakai helmet yang tiba-tiba menarik tangan kekasihnya di padang bola menarik perhatian netizen Indonesia.

Menerusi video yang dikongsi di Instagram @Kepoin_trending, wanita itu meluru masuk ke padang seterusnya menarik tangan kekasihnya yang sedang beraksi dalam perlawanan bola.

Momen itu membuatkan penonton yang sedang menyaksikan perlawanan ‘tercengang’ dan tertanya-tanya motif wanita berkenaan berbuat demikian.

Wanita tidak dikenali itu dengan santai menghampiri pemain yang memakai jersi bernombor 30 dilihat menarik tangan dan mengajak pulang.

Kejadian itu juga membuatkan pemain bola sepak tersebut malu dengan tindakan kekasihnya sehingga menyebabkan dia ditertawa penonton.

Dalam masa sama, pengadil terpaksa meniup wisel untuk hentikan perlawanan.

Rata-rata netizen berpendapat tindakan wanita itu memalukan dan tidak masuk akal.

“Kalau itu kekasihnya, putus saja. Bikin malu aja,” tulis Astiti_sb.

“Ini tutorial memalukan diri sendiri,” tulis Nastiti_sb.