awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pentadbiran Biden salahkan Trump mengenai Afghanistan

Astro Awani
Astro Awani
07/04/2023
00:45 MYT
Pentadbiran Biden salahkan Trump mengenai Afghanistan
Pentadbiran Presiden Joe Biden mengeluarkan ringkasan laporan mengenai tindakan Amerika Syarikat menarik diri dari Afghanistan yang menyebabkan huru-hara di negara itu. - Foto fail
WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Joe Biden mengeluarkan ringkasan laporan mengenai tindakan Amerika Syarikat (AS) menarik diri dari Afghanistan yang menyebabkan huru-hara di negara itu.
Laporan itu menyalahkan bekas Presiden Donald Trump dengan menyatakan "tiada tanda-tanda lebih banyak masa, lebih banyak dana atau lebih ramai rakyat AS" yang boleh mengubah trajektori.
Dokumen setebal 12 muka surat itu mengakui bahawa pentadbiran mendapat pengajaran daripada penarikan diri itu dan kini tersilap dalam "komunikasi agresif" tentang risiko dalam persekitaran keselamatan yang tidak stabil.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara, John Kirby berkata, Biden mewarisi operasi yang telah tamat di Afghanistan daripada Trump yang melumpuhkan tindak balasnya.
Kata Kirby, peralihan adalah penting dan itulah pengajaran pertama yang dipelajari serta Biden ditinggalkan dengan pilihan yang jelas iaitu menarik balik semua tentera Amerika Syarikat atau meneruskan pertempuran dengan Taliban.
Laporan itu menunjukkan "penurunan yang disengajakan" oleh pentadbiran Trump iaitu tuduhan merujuk kepada penarikan tentera AS semasa Trump memegang jawatan, pembebasan ribuan tahanan Taliban, rundingan 'perjanjian Doha' untuk menamatkan perang tanpa kerajaan tempatan dan pembekuan program visa Afghanistan.
Taliban menguasai Afghanistan pada Ogos 2021 ketika bekas kerajaan yang disokong Barat di Kabul tumbang dengan pantas.
Trump membuat perjanjian dengan Taliban untuk menarik balik semua pasukan tentera Amerika Syarikat.
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#Joe Biden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan