awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penutupan Lapangan Terbang Ngurah Rai lebih 24 jam - Gabenor

Agensi
Agensi
27/11/2017
11:48 MYT
Penutupan Lapangan Terbang Ngurah Rai lebih 24 jam - Gabenor
Status amaran Gunung Agung dinaikkan daripada peringkat kedua tertinggi kepada peringkat tertinggi hari ini.
PENUTUPAN Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Denpasar Bali akan mengambil masa lebih 24 jam ekoran peningkatan aktiviti Gunung Agung, menurut Gabenor Indonesia, Anies Baswedan.
Penutupan itu dilakukan menerusi Pemberian Notis kepada Juruterbang (NOTAM) yang dikeluarkan jam 7.15 menyebabkan 16 penerbangan terpaksa dibatalkan.
Lapangan terbang itu ditutup ekoran abu dari Gunung Agung yang memenuhi ruang udara.
Antara penerbangan yang terjejas ialah Jetstar, KLM, Qantas dan Virgin Air, mengakibatkan kira-kira 2,000 penumpang terkandas di lapangan terbang terbabit.
Sementara itu, status amaran Gunung Agung dinaikkan daripada peringkat kedua tertinggi kepada peringkat tertinggi hari ini.
Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) mengumumkan amaran dinaikkan dari status 'siaga' sebelum ini kepada 'awas' susulan aktiviti gunung berapi itu yang meletus pada Sabtu lalu.
Menurut jurucakapnya, Gede Suantika yang dipetik daripada portal Kompas, selain kemunculan sinar lava, Gunung Agung terus menyembur asap dan abu yang mencapai ketinggian 3,000 meter dari puncak.
Kali terakhir Gunung Agung meletus ialah pada 1963, mengorbankan 1,100 orang.
Topic Berkaitan
#aktiviti
#Bali
#Denpasar
#Gunung Agung
#lapangan terbang
#Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai
#peningkatan
#penutupan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan