LONDON: Penyakit yang membawa maut digelar ' penyakit rusa zombi' dilaporkan merebak di seluruh Amerika Utara dan baru-baru ini dikesan di Taman Negara Yellowstone buat kali pertama.
Penyakit Buangan Kronik (CWD) menyebabkan perubahan kepada otak haiwan sehingga mangsa menjadi seperti tidak bermaya dan air liur sentiasa meleleh.
Haiwan yang mudah dijangkiti termasuk semua jenis rusa dan gejala ini boleh dilihat apabila mereka 'merenung jauh' yang akhirnya membawa kepada kematian.
Setakat ini tiada rawatan atau vaksin untuk menyembuhkan penyakit ini.
Saintis memberi amaran bahawa CWD mampu menjadi 'bencana bergerak perlahan' dan menggesa kerajaan bersedia sebarang kemungkinan sekiranya ia merebak kepada manusia.
Penyelidik CWD Doktor Cory Anderson memberitahu The Guardian bahawa pihaknya sedang berhadapan dengan penyakit boleh membawa maut.
"Wabak lembu gila di Britain telah memberikan contoh bagaimana dalam sekelip mata ia boleh membawa masalah kepada negara apabila haiwan ternakan semakin berkurangan.
"Kami bercakap mengenai potensi yang sama bakal berlaku. Tiada siapa mengatakan bahawa ia pasti berlaku dan apa yang penting kita perlu bersedia," katanya.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), CWD telah ditemui di 31 negeri di seluruh Amerika Syarikat serta Kanada, Norway, Finland, Sweden dan Korea Selatan.
Difahamkan, patogen penyakit ini sukar dihapuskan apabila persekitaran dijangkiti. Ia didapati tahan terhadap pembasmian kuman dan pembakaran pada suhu 1,100 Fahrenheit.
Memandangkan musim memburu sedang berlangsung di AS, orang ramai dihasihatkan menguji hasil buruan dan tidak memakan daging yang dijangkiti penyakit itu. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Thu Dec 28 2023
Saintis bimbang penyakit rusa zombi menjangkiti manusia. - Foto agensi
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Lima lagi lebuh raya setuju laksana SPT September ini
Enam lagi lebuh raya bersetuju melaksanakan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) bermula September ini.
Lawrence Wong terima ucapan tahniah pemimpin dunia
Wong menyatakan harapan agar dapat menjalinkan kerjasama bagi meningkatkan kerjasama dua hala dan serantau.
Anwar mulakan lawatan rasmi ke Kazakhstan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi dua hari ke Kazakhstan dengan mengunjungi Masjid Besar Astana yang terletak di sepanjang Laluan Sutera di Astana.
Pelancong Jerman lemas di Pulau Perhentian
Insiden berlaku ketika Dr Loosen- Freiling Iris, 74, mandi bersama suaminya di pulau peranginan itu pada kira-kira 3.30 petang Khamis.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dua beregu negara mara ke suku akhir Terbuka Thailand
Dua beregu lelaki negara mara ke suku akhir Terbuka Thailand 2024 selepas memenangi perlawanan pusingan kedua masing-masing yang berlangsung di Stadium Nimibutr di sini hari ini.
Penyakit 'rusa zombi' merebak di Amerika Syarikat
CWD telah ditemui di 31 negeri di seluruh Amerika Syarikat serta Kanada, Norway, Finland, Sweden dan Korea Selatan.
Pakar beri amaran penyakit 'rusa zombi' boleh menjangkiti manusia
Para pemburu di negara-negara terlibat sudah dinasihatkan untuk mengenal pasti simptom penyakit CWD sebagai langkah berjaga-jaga.