awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyelam hilang di Mersing: Indonesia sambung operasi cari warga Belanda

Bernama
Bernama
12/04/2022
06:35 MYT
Penyelam hilang di Mersing: Indonesia sambung operasi cari warga Belanda
Nathan Renze Chesters, 14, antara empat orang yang dilaporkan hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman, Mersing, Rabu lepas. - Gambar fail
JAKARTA: Operasi mengesan penyelam remaja warga Belanda yang dikatakan telah meninggal dunia selepas hilang di perairan Lagoi, Bintan, Kepulauan Riau diteruskan agensi mencari dan menyelamat Indonesia.
Menurut laporan media di Malaysia, Nathan Renze Chesters, 14, antara empat orang yang dilaporkan hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman, Mersing, Rabu lepas.
Bapanya, Adrian Peter Chesters, 46, warga Britain yang turut terbabit dalam insiden berkenaan sebelum ditemukan selamat berkata anaknya itu telah meninggal dunia kerana tidak mampu bertahan di laut.
Bagaimanapun, Ketua Polis Mersing Superintenden Cyril Edward Nuing berkata buat masa ini nasib Nathen masih belum diketahui dan pihaknya masih menganggap mangsa hilang sehingga ditemui.
Ketua Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Tanjungpinang, Slamet Riyadi dilaporkan media tempatan pada Isnin sebagai berkata Maritim Malaysia memohon bantuan meneruskan pemantauan dan pencarian.
Operasi itu kini dijalankan pasukan gabungan termasuk Tentara Laut Indonesia, Badan Keselamatan Laut, Polis Laut Riau dan Persatuan Nelayan Bintan, katanya.
Warga Norway Kristine Grodem, 35, yang juga jurulatih selam, ditemui selamat pada Khamis lepas dengan Adrian dan Alexia Alexandra Molina, 18, warga Perancis, pula dijumpai pada Sabtu di perairan Indonesia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penyelam belanda
#Pulau Tokong Sanggol
#Mersing
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan