awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sarawak tubuh jawatankuasa tangani isu banjir
Laluan mudah Aaron-Wooi Yik ke pusingan kedua Terbuka India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyelam, Syachrul Anto maut dalam operasi SAR Lion Air

Sinar Harian
Sinar Harian
03/11/2018
07:38 MYT
Penyelam, Syachrul Anto maut dalam operasi SAR Lion Air
Penyelam, Syachrul Anto disahkan meninggal dunia oleh Kolonel Laut (P) Isswarto.
Seorang penyelamat maut ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR), mangsa nahas pesawat Lion Air JT-610 di perairan Karawang, Jawa Barat, semalam.
Penyelam, Syachrul Anto disahkan meninggal dunia oleh Kolonel Laut (P) Isswarto.
Katanya, kerja-kerja menyelamat bagi mencari badan pesawat dan mangsa sudah dihentikan jam 4 petang waktu tempatan kerana cuaca gelap bagaimanapun Syachrul masih berada di dalam laut.
"Insiden itu berlaku jam 5.30 petang dan mangsa dikejarkan ke Rumah Sakit daerah Koja, Jakarta Utara dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Bagaimanapun, Syachrul disahkan meninggal dunia di Rumah Sakit," katanya.

Sementara itu, Facebook Yosep Safrudin, rakan kepada Syachrul turut memuatnaik status pemergian sahabatnya. Jelasnya, dalam kalangan rakan, Syachrul memang seorang yang aktif dalam misi kemanusiaan. "Dia baru seminggu pulang dari misi kemanusiaan membantu mangsa gempa bumi tsunami di Palu, kemudian kini berada di perairan Karawang untuk misi mencari mangsa nahas pesawat. "Namun misi kemanusiaannya 'tewas' dan berakhir di sini," katanya. Foto Facebook Syachrul Anto
Foto Facebook Syachrul Anto
Syachrul lebih mesra dipanggil Ayah Haji merupakan seorang penyelam berpengalaman luas dan sanggup mengetepikan pekerjaannya demi membantu misi kemanusian ini. "Rindu gelak tawanya, kebaikannya... selamat jalan 'Ayah Anto, Om Anto, Ayah Haji'. "Semoga Om berada dalam khusnul khotimah," katanya. - BBC Indonesia
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Jakarta
#Lion Air
#maut
#meninggal dunia
#Nahas
#Penyelam
#pesawat
#Syachrul Anto
#terhempas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan