awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyerang 2 masjid Christchurch dijangka dipenjara seumur hidup

Agensi
Agensi
23/08/2020
22:53 MYT
Penyerang 2 masjid Christchurch dijangka dipenjara seumur hidup
Hukuman ke atas Brenton Tarrant akan ditentukan menerusi prosiding yang dijadual berlangsung empat hari bermula Isnin. -Gambar fail
Lelaki warga Australia yang menembak mati 51 jemaah di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand dijangka dipenjara seumur hidup.
Hukuman ke atas Brenton Tarrant akan ditentukan menerusi prosiding yang dijadual berlangsung empat hari bermula Isnin.
Tarrant mengaku bersalah atas 51 pertuduhan membunuh, 40 pertuduhan cubaan membunuh, dan satu pertuduhan melakukan aksi keganasan.
Bagi prosiding jatuh hukum, Tarrant akan dibawa di mahkamah.
Ini bermakna ia kali pertama bagi mangsa yang terselamat dan ahli keluarga mangsa bersemuka dengan tertuduh sejak kejadian tembakan pada 15 Mac 2019.
Sebelum ini, prosiding perbicaraan dilakukan menerusi pautan video dari penjara di Auckland.
New Zealand tidak melaksanakan hukuman mati, namun kesalahan membunuh dan keganasan membawa hukuman penjara minimum 17 tahun tanpa pembebasan.
Bagaimanapun hakim diberi kuasa untuk menjatuhkan hukuman penjara tanpa kemungkinan dibebaskan.
Sekiranya hakim mengguna pakai bidang kuasanya, maka Tarrant menjadi individu pertama dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.
Topic Berkaitan
#Australia
#Brenton Tarrant
#dipenjara seumur hidup
#dua buah masjid di New Zealand
#keganasan
#keluarga
#lelaki
#mahkamah
#mangsa
#New Zealand
#pengganas
#penjara
#tembakan
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan