awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyiasat tangguh usaha tahan Presiden Yoon

Bernama
Bernama
03/01/2025
07:42 MYT
Penyiasat tangguh usaha tahan Presiden Yoon
Penyiasat mengemukakan waran mahkamah untuk menahan Yoon dan menggeledah kediaman presiden, namun dihalang oleh PSS dengan alasan kawasan itu adalah zon larangan. - Gambar/ Reuters
SEOUL: Agensi anti-rasuah Korea Selatan menangguhkan percubaannya untuk menahan Presiden Yoon Suk Yeol selepas berlakunya konfrontasi selama beberapa jam antara pasukan penyiasat dan pegawai keselamatan presiden, lapor Agensi Berita Yonhap.
Pejabat Siasatan Rasuah bagi Pegawai Berperingkat Tinggi (CIO) memaklumkan pihaknya menghentikan pelaksanaan waran penahanan pada 1.30 petang, kira-kira lima jam selepas penyiasat tiba di kediaman presiden untuk menahan Yoon.
"Kami memutuskan bahawa pelaksanaan waran penahanan adalah mustahil disebabkan oleh konfrontasi berterusan dan menghentikan pelaksanaannya demi keselamatan kakitangan di lokasi, disebabkan oleh penentangan.
"Kami akan membuat keputusan mengenai langkah seterusnya selepas membuat semakan.
"Kami menyatakan kekesalan terhadap tingkah laku suspek yang enggan mematuhi prosedur yang ditetapkan secara sah," menurut CIO dalam satu kenyataan kepada media.
CIO mempunyai tempoh sehingga Isnin untuk melaksanakan waran penahanan ke atas Yoon selepas beliau dikenakan tuduhan pemberontakan dan penyalahgunaan kuasa berkaitan percubaan gagal melaksanakan undang-undang tentera pada 3 Dis.
Tunjuk perasaan oleh penyokong Yoon di luar kediaman presiden telah merumitkan usaha CIO, bersama potensi berlakunya pertembungan dengan Perkhidmatan Keselamatan Presiden (PSS).
Lebih daripada 1,000 penunjuk perasaan berkumpul berhampiran kediaman presiden sejak beberapa hari kebelakangan ini bagi membantah pemecatan Yoon dan menghalang penangkapannya.
Penyiasat mengemukakan waran yang dikeluarkan oleh mahkamah untuk menahan Yoon dan menggeledah kediaman presiden, namun telah dihalang oleh ketua PSS Park Chong-jun dengan alasan kawasan itu adalah zon larangan.
Sebelum berhadapan dengan PSS, penyiasat juga dihalang oleh unit tentera yang ditempatkan di kawasan itu.
Dua peguam Yoon, Yun Gap-geun dan Kim Hong-il dilihat memasuki kediaman semasa kejadian itu.
Pasukan pembelaan Yoon menyifatkan waran itu sebagai "tidak sah dan tidak berperlembagaan" dan memfailkan injunksi terhadap pelaksanaannya.
Pada Jumaat, Yun memberitahu Agensi Berita Yonhap bahawa "tindakan undang-undang" akan diambil terhadap percubaan CIO itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#Presiden Yoon Suk Yeol
#Tahan
#waran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan