awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perancis: Remaja ditikam 50 kali, dibakar hidup-hidup

Sinar Harian
Sinar Harian
07/10/2024
00:00 MYT
Perancis: Remaja ditikam 50 kali, dibakar hidup-hidup
Dua kes terbaharu itu menjadikan jumlah pembunuhan kejam berkaitan dadah di Marseille, Perancis, meningkat kepada 17 orang sepanjang tahun ini. - Gambar hiasan
MARSEILLE: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditikam sebanyak 50 kali dan dibakar hidup-hidup dalam kejadian menggemparkan di Perancis.
Pendakwa raya Marseille, Nicolas Bessone berkata, mangsa dibunuh dengan kejam pada Rabu lalu.
"Ia adalah satu bentuk kezaliman yang tidak pernah berlaku sebelum ini," ujarnya merujuk kepada kes mengerikan itu.
Difahamkan, Marseille, bandar kedua terbesar di negara Eropah Barat itu adalah salah satu kota termiskin yang turut dicemari insiden keganasan berkaitan dadah didalangi pelbagai geng jenayah.
"Kebanyakan mangsa dan pelaku adalah golongan muda dan ia semakin membimbangkan," kata Bessone lagi.
Menurutnya, mangsa tersebut dipercayai diupah banduan berusia 23 tahun untuk menakut-nakutkan geng lawan.
"Remaja malang itu bagaimanapun dilihat anggota geng tersebut yang kemudiannya bertindak menikam berkali-kali sebelum membakarnya hidup-hidup.
"Banduan sama merekrut seorang lagi remaja berumur 14 tahun untuk melancarkan serangan balas dendam, namun dia juga akhirnya dibunuh," jelasnya.
Dua kes terbaharu itu menjadikan jumlah pembunuhan kejam berkaitan dadah di Marseille meningkat kepada 17 orang sepanjang tahun ini. - Sinar Harian/Agensi
Topic Berkaitan
#Dadah
#remaja ditikam
#Marseille Perancis
#bakar hidup-hidup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan