Skip to main content

Sukan

Ex Pahang tewaskan Ex Kelantan 2-1, bawa pulang piala dan RM20,000

Skuad Ex Pahang FA mencatat kemenangan 2-1 ke atas Ex Kelantan FA pada perlawanan persahabatan di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam tadi, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 dan piala pusingan.
Skuad Ex Pahang FA mencatat kemenangan 2-1 ke atas Ex Kelantan FA pada perlawanan persahabatan di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam tadi, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 dan piala pusingan.
Advertisement

KUANTAN: Skuad Ex Pahang FA mencatat kemenangan 2-1 ke atas Ex Kelantan FA pada perlawanan persahabatan di Stadium Darul Makmur, di sini, malam tadi, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 dan piala pusingan.

Pemain Ex Kelantan, Mohd Badhri Radzi melakukan percubaan berbahaya dari luar kotak penalti pada minit ke-12, namun berjaya diselamatkan penjaga gol Ex Pahang Remezey Che Ros.

Ex Pahang membuka jaringan pada minit ke-40 menerusi Mohd Shafie Zahari yang merembat kencang dari dalam kotak penalti.

Advertisement

Bersambung babak kedua, Ex Kelantan berjaya mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-51 menerusi jaringan Indra Putra Mahyuddin.

Ex Pahang kembali mendahului pada minit ke-60 menerusi Mohd Faizol Hussien yang menyudahkan peluang dengan sepakan lambung ke penjuru gawang lawan.

Advertisement

Kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan, sekali gus memastikan kemenangan berpihak kepada skuad Tok Gajah.

Pada 3 Mei 2025, Ex Pahang pernah tewas 1-2 kepada Ex-Treble Kelantan pada perlawanan akhir persahabatan amal Duo Cup 2025 di Stadium Sultan Muhammad IV.

-- BERNAMA 

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement