awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penunggang motosikal cedera parah dalam kemalangan tiga kenderaan di Jenjarom
Lelaki Indonesia maut tertimbus tanah runtuh di Bandar Penawar
Keadaan banjir di tiga negeri tidak banyak berubah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perancis umum sekatan terhad COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
06/12/2021
23:00 MYT
Perancis umum sekatan terhad COVID-19
Perancis sebelum ini melaporkan 25 kes varian Omicron, varian yang pertama kali dikenal pasti di Afrika Selatan. - Foto fail/REUTERS
PARIS: Perancis memperkenalkan sekatan terhad untuk beberapa sektor berkuatkuasa Isnin susulan gelombang baharu COVID-19.
Sekatan antara lain mewajibkan penutupan sementara kelab malam di negara itu.
Perdana Menteri Jean Castex turut mengumumkan mewajibkan pemakaian pelitup muka dalam kalangan pelajar sekolah rendah pada waktu rehat dan selepas kelas.
"Kami akan meminta lebih ramai murid sekolah rendah sehingga cuti Krismas. Mulai Khamis, pelitup muka akan menjadi wajib di taman permainan dan kami akan mengehadkan sukan berpasukan yang melibatkan sentuhan fizikal.
"Kami akan menutup kelab malam untuk empat minggu akan datang. Langkah ini akan berkuat kuasa pada Jumaat hingga awal Januari. Kami melakukan ini kerana virus itu merebak dalam kalangan orang muda, malah mereka yang telah diberi vaksin, kerana adalah sukar untuk memakai pelitup muka di tempat-tempat ini," katanya.
Bermula 15 Disember, kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun yang mempunyai masalah kesihatan akan menerima vaksin COVID-19.
Pemberian ini akan diperluaskan kepada semua kanak-kanak di Perancis menjelang akhir tahun ini.
Perancis sebelum ini melaporkan 25 kes varian Omicron, varian yang pertama kali dikenal pasti di Afrika Selatan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#gelombang baharu
#Perancis
#Omicron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan