awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Ku Li anggap UMNO masih berdiam diri mengenai keputusan Titah Adendum
Majlis Perundingan Gig bakal ditubuh, bincang isu ‘bidding’ e-hailing - KESUMA
Kotak hitam pesawat tentera Libya terhempas ditemukan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perang Bosnia-Herzegovina: Radovan Karadzic dijatuhi hukuman penjara 40 tahun

APTN
APTN
24/03/2016
15:52 MYT
Perang Bosnia-Herzegovina: Radovan Karadzic dijatuhi hukuman penjara 40 tahun
Karadzic dijatuhi hukuman penjara 40 tahun setelah didapati bersalah atas pembunuhan beramai-ramai ketika perang Bosnia 1992 hingga 1995. -AFP
Bekas pemimpin Serbia Bosnia, Radovan Karadzic dijatuhi hukuman penjara 40 tahun setelah didapati bersalah atas pembunuhan beramai-ramai ketika perang Bosnia 1992 hingga 1995.
Ia disifatkan sebagai satu kekejaman yang paling teruk di Eropah sejak Perang Dunia Kedua.
Karadzic juga didapati bersalah terhadap sembilan pertuduhan lain termasuk pembunuhan dan penganiayaan yang menyebabkan kematian lebih 100,000 orang di tujuh bandar dan perkampungan Bosnia.
Mahkamah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mendapati Karadzic juga bertanggungjawab ke atas pembunuhan beramai-ramai di Srebenica pada 1996 yang menyebabkan 8,000 lelaki Muslim terbunuh.
Selain itu, Karadzic juga didapati bersalah kerana membunuh, menyerang orang awam dan mengganas pada serangan selama 44 bulan di ibu negara Bosnia, Sarajevo ketika peperangan.
Bagaimanapun, mahkamah tidak mendapati Karadzic bersalah ke atas pertuduhan pembunuhan beramai-ramai yang kedua, iaitu kempen untuk mengusir warga Islam Bosnia dan Croatia dari perkampungan yang ditawan Serbia.
Karadzic berdepan 11 pertuduhan dengan hukuman penjara seumur hidup maksimum, tetapi diberikan 40 tahun penjara dan dibenarkan untuk membuat rayuan.
Topic Berkaitan
#Bosnia
#genosid
#pembunuhan beramai-ramai
#penjara 40 tahun
#Radovan Karadzic
#Serbia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan