DUNIA
Perang Israel-Iran: Naratif Netanyahu sudah hilang taring - Penganalisis

Netanyahu ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA). - Gambar fail/Reuters/Eduardo Munoz
KUALA LUMPUR: Naratif yang cuba dipaksa oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu kepada dunia untuk menghalalkan serangan ke atas Iran kini sudah tidak lagi dipercayai secara semberono oleh masyarakat global.
Ringkasan AI
- Dakwaan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengenai ancaman nuklear Iran kehilangan kredibiliti kerana berulang tanpa bukti kukuh, mirip tuduhan palsu terhadap Iraq dahulu.Iran menunjukkan kemajuan diplomatik dengan negara-negara Arab seperti Qatar dan Arab Saudi, yang mengurangkan ketegangan serantau dan melemahkan alasan untuk serangan Israel.Israel dijangka mencari jalan untuk menamatkan konflik kerana kekurangan sokongan antarabangsa dan ketidakmampuan menyerang fasiliti nuklear Iran yang dilindungi.
“Perkara yang sama sedang terjadi ke atas Iran. Netanyahu sudah menuduh Iran semakin hampir membina senjata nuklear sendiri sejak bertahun-tahun lalu. Tetapi Iran dilihat tidak bergerak ke arah persenjataan tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.
Tambah Rowena, Netanyahu semakin terdesak kerana Iran juga menunjukkan pemulihan hubungan dua hala dengan negara-negara Arab yang sebelum ini tegang akibat konflik Syiah-Sunni dan sebagainya.
“Mutakhir ini, perkara yang menarik perhatian saya ialah hubungan Iran dengan negara-negara jiran (Arab) bertambah baik.
“Iran dan Qatar ada hubungan yang baik memandangkan kedua-dua negara berkongsi nasib sebagai negara yang dipinggirkan oleh Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
“Pada masa yang sama, Iran dan Arab Saudi juga mempunyai hubungan dua hala yang semakin baik,” jelasnya.
Dalam temu bual yang sama, Prof. Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Kamaruzaman Yusoff pula menjangkakan, perang Israel-Iran ini akan berakhir dalam masa terdekat memandangkan kedudukan Netanyahu yang lemah dan tidak mampu mendominasi peperangan.
"Ia (perang Iran-Israel) akan berakhir dengan Israel mencari alasan untuk melaksanakan gencatan senjata.
“Israel tahu jika mereka gagal tarik sokongan daripada Amerika Syarikat (AS), mereka tidak akan mampu hapuskan pusat pengayaan nuklear di Fordow dan Natanz.
“Kawasan-kawasan ini dilindungi Iran sebagai fasiliti pengayaan nuklear bagi tujuan penggunaan tenaga yang selamat,” katanya.
Untuk konteks, Israel mula menyerang Iran pada 13 Jun lalu yang telah menyebabkan hampir 700 warga Iran maut setakat Khamis.
Kedua-dua negara kini berbalas serangan, dengan masing-masing mendakwa menyasarkan fasiliti ketenteraan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami