INTERNATIONAL
Perang Israel ke atas Gaza hanya penuhi nafsu politik Netanyahu - Penganalisis
KUALA LUMPUR: Perang Israel ke atas Gaza yang dimulakan semula oleh rejim itu selepas fasa pertama gencatan senjata merupakan manifestasi kegagalan zionis dalam mencapai semua objektif operasi ketenteraan berkenaan.
Ringkasan AI
- Kegagalan Zionis: Perang yang dimulakan semula oleh Israel selepas gencatan senjata menunjukkan kegagalan mereka dalam mencapai objektif ketenteraan.Motif Politik Netanyahu: Penganalisis berpendapat bahawa serangan ini lebih kepada usaha Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk kekal berkuasa dan memenuhi cita-cita politiknya.Kritikan Terhadap Israel dan AS: Israel dan Amerika Syarikat dikritik kerana kegagalan mencapai objektif perang mereka, dengan serangan ini hanya menonjolkan kekejaman Israel di mata dunia.
“Kalau dia tidak teruskan perang ini, ahli politik dalam kalangan puak ekstrem yang menyokong beliau akan letak jawatan, kerajaan dia akan jatuh dan mungkin dia akan dibicarakan (untuk pelbagai dakwaan jenayah). Ini semua objektif peribadi sahaja.
“Perang ini hanya akan merugikan Israel walaupun ramai rakyat Palestin terkorban. Hakikatnya, di kaca mata dunia, jelas bahawa Israel ialah satu entiti yang sangat zalim, hanya minat untuk membunuh dan tidak mahu berdamai,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Dalam program sama, Ketua Penerangan IKRAM Muda Malaysia, Usaid Mohd Asmadi menyatakan, kegagalan Israel itu dikongsi oleh Amerika Syarikat yang merupakan kuasa ketenteraan paling kuat di dunia.
"Sebarang laungan dan pengumuman objektif perang oleh Netanyahu atau Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump semuanya menemui kegagalan – tidak ada satu pun yang berjaya.
“Sekali gus memberi gambaran kepada dunia bahawa Israel tidak mampu menjayakan misi mereka. Bahkan mereka gagal dengan sangat teruk.
“Bayangkan sebuah kuasa dunia yang ada segalanya berperang dengan rakyat Gaza yang hilang segalanya, tetapi masih gagal untuk mencapai objektif mereka,” ujarnya.
Israel meningkatkan serangan udara di Semenanjung Gaza sejak pagi Selasa lepas menandakan pelanggaran perjanjian gencatan senjata yang dimeterai pada 19 Disember melalui pengantaraan Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat.
Lanjutan itu, jumlah kematian warga Palestin sejak Oktober 2023 meningkat kepada 50,021 orang apabila sekurang-kurangnya 41 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami