awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perang Palestin-Israel: PBB adakan sidang khas Khamis ini

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
24/10/2023
02:50 MYT
Perang Palestin-Israel: PBB adakan sidang khas Khamis ini
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan mesyuarat tergempar pada Khamis ini bagi membincangkan tindak balas terhadap perang yang berlanjutan antara Palestin dan Israel di Semenanjung Gaza. - Gambar fail REUTERS
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan tindak balas terhadap perang yang berlanjutan antara Palestin dan Israel di Semenanjung Gaza.
Mesyuarat tergempar itu akan berlangsung di ibu pejabat PBB di New York, pada Khamis ini.
Menurut Presiden Perhimpunan Agung PBB (UNGA), Dennis Francis, Jordan dan negara-negara Arab lain meminta PBB mengadakan sesi khas itu selepas Majlis Keselamatan PBB (UNSC) minggu lalu gagal menerima pakai resolusi yang meminta koridor kemanusiaan dalam konflik itu.
"Mana-mana daripada 193 negara anggota PBB boleh menghadiri mesyuarat tergempar Perhimpunan Agung. Diharap ramai yang menyuarakan pendapat mereka," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, pada Isnin.
Minggu lalu, UNSC yang tidak sependapat mengenai isu Israel-Palestin, menolak draf resolusi Rusia yang menggesa 'pemberhentian konflik atas dasar kemanusiaan.'
Hanya lima daripada 15 negara anggota menyokong resolusi itu, yang mengutuk semua keganasan terhadap orang awam dan semua tindakan pengganas tanpa menamakan Hamas.
Tindakan itu enggan diterima oleh Amerika Syarikat (AS), United Kingdom dan Perancis.
Negara-negara Arab mula memberikan tekanan ke atas Israel ketika rejim itu bersiap sedia untuk melancarkan serangan darat.
PBB juga sebelum ini pernah mengadakan sidang khas tergempar mengenai pencerobohan Rusia ke atas Ukraine sejak tahun lalu.
Ia adalah kali pertama dalam tempoh lima tahun PBB akan mengadakan mesyuarat seumpama itu mengenai situasi di Palestin.
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#sidang khas PBB
#mesyuarat tergempar PBB
#israel serang gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan