awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perang Palestin-Israel: UAE sedia rawat 1,000 kanak-kanak Palestin

Bernama
Bernama
02/11/2023
10:34 MYT
Perang Palestin-Israel: UAE sedia rawat 1,000 kanak-kanak Palestin
Tentera Israel telah melancarkan serangan udara dan darat ke atas Gaza hingga mengorbankan sekurang-kurangnya 8,796 rakyat Palestin, dengan sebahagian besar adalah kanak-kanak. - Gambar/ AP
ISTANBUL: Presiden Emiriah Arab Bersatu Sheikh Mohamed bin Zayed Al-Nahyan pada Rabu berkata bahawa negaranya bersedia merawat kira-kira 1,000 kanak-kanak Palestin yang cedera di hospitalnya.
Keputusan itu diumumkan semasa perbualan telefon antara Menteri Luar UAE Abdullah bin Zayed Al-Nahyan dengan Presiden Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), Mirjana Spoljaric, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita WAM.
Dalam perbualan itu, kedua-dua pihak juga menekankan kepentingan penghantaran bantuan dan bekalan perubatan kepada penduduk di Gaza.
Pada Rabu, kumpulan pertama rakyat Palestin yang cedera tiba di Mesir bagi menerima rawatan di hospital di wilayah Sinai Utara sejurus selepas pembukaan lintasan sempadan Rafah buat kali pertama dalam tempoh 25 hari sejak pertempuran sengit di Gaza.
Tentera Israel telah melancarkan serangan udara dan darat ke atas Semenanjung Gaza hingga mengorbankan sekurang-kurangnya 8,796 rakyat Palestin, iaitu kira-kira 70 peratus daripadanya merupakan kanak-kanak dan wanita, manakala lebih 22,000 lagi cedera sejak 7 Okt.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#UAE
#Kanak-kanak
#bantuan perubatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan