awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Counter setting': Tiga pegawai imigresen, peniaga kedai makan didakwa
[TERKINI] Bekas PTD dan isteri dituduh Khamis ini, bekas PAT pula pada Jumaat
JKM Selangor siasat aduan taska tidak ikut SOP, dera kanak-kanak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri India adakan mesyuarat kabinet berhubung tarif baharu AS

Bernama
Bernama
08/08/2025
08:52 MYT
Perdana Menteri India adakan mesyuarat kabinet berhubung tarif baharu AS
Walaupun tiada pengumuman rasmi mengenai agenda, sumber memaklumkan isu tarif menjadi fokus utama dalam mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Narendra Modi itu nanti. - Reuters
NEW DELHI: Perdana Menteri India Narendra Modi akan mempengerusikan mesyuarat menteri Kabinet utama pada Jumaat bagi membincangkan kesan kenaikan mendadak tarif oleh Amerika Syarikat (AS), lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik India TV.
Mesyuarat dijadual bermula pada 1 tengah hari waktu tempatan (7.30 pagi GMT). Walaupun tiada pengumuman rasmi mengenai agenda, sumber memaklumkan isu tarif menjadi fokus utama.
Presiden AS Donald Trump pada akhir Julai mengumumkan bahawa India akan dikenakan tarif 25 peratus serta membayar "denda" yang tidak didedahkan susulan pembelian tenaga dan peralatan ketenteraan dari Rusia mulai 1 Ogos.
Pada Rabu, beliau menandatangani perintah eksekutif yang mengenakan tarif tambahan 25 peratus terhadap India, berkuat kuasa 27 Ogos.
Tarif tinggi ini dijangka meningkatkan harga batu permata dan berlian buatan makmal di AS kerana negara itu bergantung kepada India bagi sebahagian besar bekalan importnya, menurut analisis RIA Novosti berdasarkan data perdagangan AS.
AS mengenakan tarif 25 peratus terhadap import dari India dan mengancam untuk menggandakannya kepada 50 peratus mulai 27 Ogos.
Dalam tempoh 12 bulan lalu, AS mengimport batu permata dan batu berharga buatan makmal bernilai AS$941.4 juta, dengan India menyumbang hampir 88 peratus atau AS$824.7 juta.
Tarif itu juga boleh menjejaskan 46 peratus import berlian mentah dan yang diproses dari India, bernilai AS$5.46 bilion daripada jumlah keseluruhan AS$11.9 bilion.
Selain itu, AS mengimport barang kemas logam berharga dari India bernilai AS$3.48 bilion (hampir suku daripada keseluruhan importnya), manakala barang kemas menggunakan batu permata asli dari India bernilai AS$264.6 juta (lebih 13 peratus).
Pada Isnin, jurucakap Kementerian Luar India Randhir Jaiswal menolak kritikan AS dan Kesatuan Eropah terhadap import minyak Rusia sebagai tidak berasas dan tidak bijak.
Beliau menegaskan India akan mengambil langkah bagi melindungi kepentingan serta keselamatan ekonominya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#tarif AS
#mesyuarat kabinet india
#Narendra Modi
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan