awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri Itali letak jawatan susulan pergolakan politik

Agensi
Agensi
26/01/2021
02:34 MYT
Perdana Menteri Itali letak jawatan susulan pergolakan politik
Pentadbiran Conte mula goyah selepas bekas Perdana Menteri Matteo Renzi menarik sokongan terhadap partinya, Italia Viva pada 14 Januari lalu - Foto REUTERS/Yara Nardi/Pool
Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte mengumumkan peletakan jawatannya yang berkuatkuasa hari ini, dipercayai dalam usaha mendapat mandat bagi pembentukan pentadbiran baharu susulan pergolakan politik di negara itu.
Memetik laporan media antarabangsa, perkara itu yang disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri, memaklumkan Conte akan mengadakan mesyuarat Kabinet dan memberitahu barisan menterinya berhubung hasratnya untuk berkunjung ke Quirinale (Pejabat Sergio Mattarella) bagi menyampaikan hasrat peletakan jawatannya itu.
Itali dilanda pergolakan politik sejak beberapa minggu lalu, terutama berhubung tindakan pemerintah menangani wabak COVID-19.
Pentadbiran Conte mula goyah selepas bekas Perdana Menteri Matteo Renzi menarik sokongan terhadap partinya, Italia Viva pada 14 Januari lalu.
Conte 'bertahan' dengan undi percaya di Parlimen minggu lalu tetapi gagal mendapatkan majoriti di Senat, sekali gus menyebabkan kerajaan yang dibinanya adalah lemah.
Sehingga kini, lebih 85,000 penduduk di Itali terkorban akibat COVID-19, sekali gus melumpuhkan ekonomi negara itu.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Itali
#COVID-19
#kerajaan
#politik
#ekonomi
#Perdana Menteri Itali letak jawatan
#Giuseppe Conte
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan