Perdana Menteri Republik Czech, Jiri Rusnok menyerahkan surat letak jawatan selepas kalah dalam undi tidak percaya di parlimen.

Perkembangan terbaru itu dijangka mengheret republik berkenaan ke dalam kancah politik.

Rusnok hanya memperoleh 93 undian daripada keseluruhan 193 ahli parlimen.

Beberapa parti politik juga menyatakan persetujuan untuk mengadakan pilihan raya awal yang kini dijangka berlangsung pada Oktober.

Pilihan raya itu penting bagi mengelak ketidaktentuan dalam politik Republik Czech.

Presiden Milos Zeman melantik kabinet baru bulan lepas selepas kerajaan dipimpin bekas Perdana Menteri Petr Necas tumbang akibat dakwaan penyalahgunaan kuasa.

Beliau juga dituduh mengadakan hubungan sulit dengan pegawainya.