awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan dipersembahkan taklimat pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil
Jasamu kami kenang sampai akhir hayat, kata Afnan Hamimi kepada Muhyiddin
Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pergaduhan di Gelsenkirchen, Jerman, seorang maut, beberapa orang cedera

Bernama
Bernama
29/09/2025
15:05 MYT
Pergaduhan di Gelsenkirchen, Jerman, seorang maut, beberapa orang cedera
Seorang lelaki berusia 56 tahun meninggal dunia di hospital selepas pergaduhan yang melibatkan sehingga 30 orang di Bandar Gelsenkirchen, barat Jerman. - Foto hiasan/Sinar Harian
DORTMUND (Jerman): Seorang lelaki berusia 56 tahun meninggal dunia di hospital selepas pergaduhan yang melibatkan sehingga 30 orang di Bandar Gelsenkirchen, barat Jerman, menurut polis pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Lelaki itu mengalami kecederaan tikaman yang membawa maut, manakala tiga yang lain berada dalam keadaan kritikal.
Keganasan antara dua kumpulan memuncak di Daerah Bismarck di bandar itu pada Ahad.
Menurut laporan awal, 20 hingga 30 orang terbabit dalam perbalahan.
Menurut polis, pisau, senjata renjatan dan kayu besbol turut digunakan dan menyifatkannya sebagai "situasi rusuhan".
Satu skuad siasatan pembunuhan ditubuhkan untuk mengendalikan kes itu.
Tiga lelaki berusia 16, 29, dan 52 tahun serta tiga wanita berusia 25, 28, dan 50 tahun ditahan di tempat kejadian.
Jurucakap pejabat pendakwa raya awam berkata mereka sedang menyiasat peranan setiap individu dalam insiden itu.
Punca perbalahan juga disiasat.
Pada sebelah malam, polis mengerahkan sebahagian besar anggotanya dan mengepung tempat kejadian untuk mencari bukti. Sebuah helikopter polis juga berada di lokasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pergaduhan
#Gelsenkirchen
#Jerman
#tikam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan