Ribuan berkumpul di ibu kota Singapura petang tadi bagi menghadiri perarakan menuntut hak asasi bagi golongan Gay, Lesbian, Biseksual dan Transeksual, LGBT yang kini menjadi acara tahunan di republik itu.
Perhimpunan yang dinamakan “Pink Dot” tetap diadakan meskipun mendapat tentangan keras dari beberapa kumpulan konservatif agama.
Kumpulan LGBT terbabit membanjiri kawasan tumpuan di sebuah padang dengan memilih warna merah jambu bagi mencerminkan pergerakan kumpulan itu.
Turut diadakan sudut ceramah untuk mereka menyuarakan hak dan tuntutan mereka.
Penganjur berkata mereka menjangkakan lebih 20 ribu hadir di perhimpunan tahun ini.
Jurucakap kumpulan itu Paerin Choa berkata perhimpunan itu bukan bertujuan untuk membantah dan menuntut hak mereka semata-mata tetapi mengharapkan kumpulan itu dapat diterima masyarakat di republik itu.
Perhimpunan itu semakin besar skala penganjurannya sejak diperkenalkan pada tahun 2009, dimana pada asalnya hanya dihadiri lebih 2,500 pengikut LGBT.
Para peserta mengenepikan desakan oleh kumpulan Kristian dan Islam yang membantah penganjuran perhimpunan seumpama itu yang dianggap bercanggah dengan nilai agama.
Seorang paderi kanan Lawrence Khong berkata lebih 10,000 pengikut Gereja Baptist yang dihadirinya menentang penganjurannya atas alasan ia satu keruntuhan moral dan menghakis nilai kekeluargaan.
Khong juga lantang menentang usaha untuk meminda Seksyen 377A, Kanun Jenayah negara itu yang menetapkan hubungan seks sesama lelaki dianggap satu tindakan jenayah dan boleh dihukum penjara selama dua tahun.
Meskipun peruntukan itu telah diperkenalkan sejak zaman pemerintahan British lagi, ia dilihat tidak dilaksanakan secara ketat oleh pihak berkuasa.
Khong juga membidas tindakan kerajaan Singapura memberikan ruang untuk perhimpunan “Pink Dot” itu diadakan, selain menuntut kerajaan memberikan penjelasan mengenai pendirian mereka.
Paderi itu turut melahirkan sokongan terhadap satu lagi perhimpunan berasingan yang diadakan oleh kumpulan Islam yang dipimpin oleh Ustaz Noor Deros.
Perhimpunan yang dinamakan “Perhimpunan Pakaian Putih” itu diadakan untuk menyeru masyarakat agar kembali kepada nilai asal yang dipupuk oleh Islam.
Pihak kerajaan Singapura dilihat cuba tidak memihak kepada mana-mana kumpulan, sebaliknya menggesa debat mengenai LGBT tidak disuarakan secara terbuka.
Kerajaan PAP, berkata seksyen 377A harus dikekalkan berikutan nilai masyarakat negara itu yang masih konservatif dan tidak menerima perhubungan sejenis.
Dalam satu kaji selidik yang dijalankan oleh sebuah institut berkaitan polisi keatas 4,000 responden mendapati hampir 78 peratus berpendapat hubungan sesama jenis adalah satu kesalahan. -- Agensi
.
Agensi
Sat Jun 28 2014
Pihak kerajaan Singapura dilihat cuba tidak memihak kepada mana-mana kumpulan - Foto AFP
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Debat Piala Tun Razak: Ibarat 'memangsakan' anggota debat - Dr Maza
Ibarat -memangsakan- anggota debat. Itu pendirian Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berhubung usul yang dipilih untuk peserta debat Piala Tun Razak 2019, pada Isnin lalu.
Tiada permit dikeluarkan anjur perhimpunan - Muhyiddin
Tiada permit dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung perhimpunan menuntut hak wanita bersempena Hari Wanita Sedunia, Sabtu lepas.
Jumlah golongan homoseksual, transgender meningkat setiap tahun - Jakim
Sebanyak 310,000 golongan homoseksual dicatatkan pada tahun ini berbanding 173,000 orang yang dicatatkan pada 2013.
LGBT bukan penyakit mental - Boon Chye
Kumpulan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transeksual) tidak boleh dianggap sebagai golongan yang menghadapi penyakit mental.
Isu LGBT: 'Apa yang mereka perjuangkan sebenarnya ialah kebebasan haiwan'
Kerajaan Pulau Pinang digesa tidak tunduk dengan desakan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Golongan LGBT tidak harus didiskriminasi di tempat kerja - Mujahid
Golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) di Malaysia berhak menikmati hak yang sama sebagai warga negara ini dan mereka tidak seharusnya didiskriminasi.
Jangkitan HIV: Punca salah guna dadah menurun, homoseksual dan biseksual kini penyumbang utama
Golongan homoseksual dan biseksual kini menjadi kumpulan penyumbang utama dalam penyebaran virus HIV dan AIDS terutamanya di sekitar ibu negara, kata pakar perubatan kesihatan awam.
Kes saman Anwar terhadap Nallakaruppan, Utusan selesai
Saman tersebut adalah berhubung dakwaan yang mengaitkan bekas Ketua Pembangkang itu dengan aktiviti biseksual yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Mac 2012.
Kenyataan LGBT Timbalan KPN tidak masuk akal - Marina
Menurut Datin Paduka Marina Mahathir, polis seharusnya memberi tumpuan kepada usaha menyelesaikan masalah jenayah dalam negara ini dan tidak memperbesarkan isu yang tidak wujud.
Perhimpunan LGBT Singapura tetap berlangsung di tengah-tengah bantahan
Ribuan berkumpul di ibu kota Singapura petang tadi bagi menghadiri perarakan menuntut hak asasi bagi golongan Gay, Lesbian, Biseksual dan Transeksual, LGBT.