awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MEF sokong pengambilan terus pekerja asing, kurangkan kos dan eksploitasi
KKR laksana 99 projek baik pulih cerun libat kos RM77.3 juta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhimpunan tahunan WHO bermula, perjanjian pandemik jadi tumpuan

Bernama
Bernama
19/05/2025
04:45 MYT
Perhimpunan tahunan WHO bermula, perjanjian pandemik jadi tumpuan
Perhimpunan Kesihatan Sedunia menghimpunkan para delegasi daripada 194 negara anggota WHO dan berfungsi sebagai badan pembuat keputusan utama bagi organisasi itu. - Gambar fail
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memulakan Perhimpunan Kesihatan Sedunia tahunannya di Geneva pada Isnin, dengan fokus utama terhadap penerimaan rasmi perjanjian antarabangsa mengenai pandemik.
Perjanjian itu dirangka dalam tempoh singkat susulan pengajaran yang diperoleh daripada pandemik COVID-19.
Ia bertujuan mengelakkan kekalutan seperti perebutan bekalan perubatan di peringkat global dan memastikan agihan vaksin yang lebih adil semasa krisis kesihatan pada masa akan datang.
Perjanjian itu dijadual diterima pakai secara rasmi pada Selasa.
Namun, beberapa isu penting masih belum dimuktamadkan dan dijangka dirunding secara berasingan dalam tempoh setahun akan datang, sebagai sebahagian daripada lampiran kepada perjanjian itu.
Antaranya termasuk mekanisme bagi pengeluar vaksin mendapatkan patogen yang berpotensi mencetuskan pandemik, serta bentuk balasan yang patut diberikan kepada negara yang membekalkan bahan itu.
Perhimpunan Kesihatan Sedunia menghimpunkan para delegasi daripada 194 negara anggota WHO dan berfungsi sebagai badan pembuat keputusan utama bagi organisasi itu.
WHO kini berada di persimpangan penting selepas Amerika Syarikat, penyumbang dana terbesar agensi itu ketika ini mengumumkan akan menarik diri pada awal 2026.
Tindakan berkenaan dijangka menjejaskan hampir satu perlima daripada bajet keseluruhan badan kesihatan PBB itu.
Sebagai langkah tindak balas, WHO mengumumkan langkah penjimatan besar-besaran, termasuk pengurangan tenaga kerja.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#WHO
#COVID-19
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami