awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mengenai ‘hari bahagia’ dengan Bella Astillah, ini jawapan Syed Saddiq: "Soal ini adalah antara dua keluarga”
Leona rasa sudah tiba masa berumah tangga, doa agar jumpa jodoh tahun depan - “Ramai kawan dah kahwin, saya cemburu”
Myanmar jalankan pilihan raya pertama selepas lima tahun di bawah pemerintahan tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Perjanjian abad ini,' Palestin beri amaran terhadap Israel, AS

Bernama
Bernama
24/01/2020
06:02 MYT
'Perjanjian abad ini,' Palestin beri amaran terhadap Israel, AS
Jurucakap Presiden Palestin Nabil Abu Rudeinah menyeru agar pendudukan Israel tehadap Palestin sejak 1967 ditamatkan. - Gambar fail
Pucuk pimpinan Palestin pada Khamis berikrar untuk tidak mengiktiraf pelan damai Timur Tengah, pelan yang pernah ditolak sebelum ini dan memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap pengumuman perjanjian itu, lapor agensi berita Anadolu.
Jurucakap Presiden Palestin Nabil Abu Rudeinah berkata dalam satu kenyataan, kepemimpinan Palestin menolak sebarang langkah oleh AS yang melanggar undang-undang antarabangsa, lapor agensi berita rasmi Palestin, WAFA.
"Sekiranya perjanjian yang ditolak itu diumumkan, kepemimpinan akan mengumumkan beberapa langkah untuk melindungi hak kami dan menuntut Israel bertanggungjawab penuh sebagai pihak yang menduduki," kata Rudeinah.
Beliau memberi amaran kepada Israel dan pentadbiran AS untuk tidak melangkaui mana-mana garisan merah.
Beliau juga menyeru agar pendudukan Israel tehadap Palestin sejak 1967 ditamatkan.
Rudeinah berkata, sebuah negara Palestin yang bebas perlu diwujudkan dan Baitulmaqdis Timur harus diiktiraf sebagai ibu negara.
Terdahulu, Rumah Putih pada Khamis berkata Presiden Donald Trump mempelawa Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan saingan politiknya Benny Gantz untuk melawat Washington pada Selasa, ketika laporan mengatakan AS akan mendedahkan pelan damai Timur Tengah.
Pelan itu juga dikenali sebagai "perjanjian abad ini".
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Benjamin Netanyahu
#Donald Trump
#Israel
#Nabil Abu Rudeinah
#Palestin
#pelan damai
#pendudukan
#perjanjian abad ini
#presiden Palestin
#Timur Tengah
#undang-undang antarabangsa
#WAFA
#Washington
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan