awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perjanjian nuklear: Iran komited kepada diplomasi, rundingan pelbagai hala

Bernama
Bernama
06/03/2023
12:43 MYT
Perjanjian nuklear: Iran komited kepada diplomasi, rundingan pelbagai hala
Iran sentiasa berusaha untuk mematuhi diplomasi dan menyumbang kepada rundingan bagi menyelesaikan isu nuklear. - Gambar fail
TEHRAN: Iran komited terhadap pendekatan diplomasi dan rundingan nuklear pelbagai hala, kata Jurucakap Kementerian Luar, Nasser Kanaani.
Beliau berkata Iran sentiasa berusaha untuk mematuhi diplomasi dan menyumbang kepada rundingan bagi menyelesaikan isu nuklear selaras dengan kepercayaan kepada pelbagai rundingan.
Bercakap pada sidang akhbar pada Isnin, beliau berkata pendekatan interaktif Iran adalah jelas dan ia boleh mewujudkan persekitaran untuk merintis laluan ke arah penyelesaian isu tertangguh selain meningkatkan interaksi.
"Iran telah mengumumkan bahawa negara itu komited untuk kembali kepada perjanjian nuklear 2015, yang dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA).
"Oleh itu, lawatan Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Rafael Grossi ke Tehran adalah sebahagian daripada diplomasi Iran yang akan membawa kepada persefahaman.
"...Namun, kita harus tunggu dan lihat sama ada pihak lain akan mengambil pendekatan yang sama atau tidak," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Iran
#rundingan nuklear
#nasser kanaani
#diplomasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan