awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
12 Orang Asli ditahan disyaki ceroboh tanah di Rompin
Laut Pengkalan Sungai Sekawang permata tersembunyi buat kaki pancing
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perjanjian nuklear: Pakar perunding Iran, lima kuasa dunia sambung rundingan

Astro Awani
Astro Awani
28/12/2021
01:00 MYT
Perjanjian nuklear: Pakar perunding Iran, lima kuasa dunia sambung rundingan
Pakar perunding dari Iran dan lima kuasa dunia menyambung rundingan bagi mengembalikan perjanjian nuklear 2015. -Reuters
VIENNA: Pakar perunding dari Iran dan lima kuasa dunia menyambung rundingan bagi mengembalikan perjanjian nuklear 2015.
Pasukan perunding sebelum ini mengakui masa semakin suntuk untuk mencapai satu persetujuan.
Ini susulan pertikaian di antara Amerika Syarikat dan Iran.
Iran setakat ini telah mencabuli semua peraturan sejak AS mengumum menarik diri daripada perjanjian berkenaan.
Ini termasuk meneruskan proses pengayaan uraniumnya ke tahap 60 peratus, satu daripada proses teknikal untuk menghasilkan senjata.
"Untuk mengembalikan semula perjanjian ini, bermakna AS perlu menarik semula sekatan, dan Iran pula perlu mematuhi komitmen nuklearnya.
"Inilah perkara yang kami usahakan dan kemungkinan lain tidak dibincangkan.
"Ketika ini kami hanya merundingkan perjanjian yang akan melibatkan langkah praktikal daripada Iran dan AS."
Iran bertegas program nuklearnya adalah bagi tujuan yang aman.
Keputusan menyambung rundingan selepas krismas dan tahun baru dibuat susulan keperluan untuk menguatkuasakan semula perjanjian berkenaan dengan segera.
Rundingan melibatkan semua pihak dalam perjanjian asal, Iran, Britain, Perancis, Jerman, Rusia dan China.
Topic Berkaitan
#Perjanjian nuklear Iran
#Amerika Syarikat
#Iran
#rundingan disambung semula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan