awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perjanjian perdagangan: Kapal kontena EU tiba di AS

Astro Awani
Astro Awani
27/07/2025
23:20 MYT
Perjanjian perdagangan: Kapal kontena EU tiba di AS
Sebuah kapal kontena yang berlepas dari pelabuhan Le Havre di Perancis tiba di Terminal Kontena Pelabuhan Newark di New Jersey pada Ahad. - Foto REUTERS
NEW JERSEY: Sebuah kapal kontena yang berlepas dari pelabuhan Le Havre di Perancis tiba di Terminal Kontena Pelabuhan Newark di New Jersey pada Ahad, beberapa jam selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan perjanjian perdagangan dengan Kesatuan Eropah (EU).

Ringkasan AI
  • Kapal MSC Ronit R dari Perancis tiba di New Jersey hanya beberapa jam selepas pengumuman perjanjian perdagangan baharu antara AS dan EU.
  • AS mengenakan tarif import 15 peratus ke atas kebanyakan barangan dari EU sebagai sebahagian daripada persetujuan rangka kerja perdagangan yang dimeterai.
  • Perjanjian ini berjaya meredakan ketegangan perdagangan antara dua blok utama yang menyumbang hampir satu pertiga daripada perdagangan global.

Kapal MSC Ronit R, yang berdaftar di bawah bendera Liberia, memulakan pelayaran dari Perancis lapan hari lalu.
Amerika mencapai persetujuan rangka kerja perdagangan dengan EU, yang menyaksikan pengenaan tarif import sebanyak 15 peratus ke atas kebanyakan barangan dari blok tersebut.
Dalam pada itu, langkah itu dilihat berjaya mengelakkan konflik perdagangan yang berpanjangan antara dua sekutu utama yang menyumbang hampir satu pertiga daripada perdagangan global.
Pengumuman itu dibuat selepas Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen, mengadakan rundingan dengan Presiden Trump, dalam usaha terakhir untuk memuktamadkan perjanjian tersebut.
Jelas Trump, persetujuan rangka kerja perdagangan dengan EU ini disifatkan sebagai perjanjian terbesar yang pernah dimeterai.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#EU
#Kesatuan Eropah
#perjanjian perdagangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan