Perjanjian untuk akhiri penutupan kerajaan AS "semakin hampir" - Trump

TRUMP: Nampaknya kita semakin hampir untuk menamatkan penutupan kerajaan. - Foto fail/REUTERS
WASHINGTON: Presiden Donald Trump berkata pada Ahad bahawa ahli Kongres hampir mencapai kata sepakat untuk menamatkan penutupan kerajaan Amerika Syarikat yang telah berlarutan selama 40 hari, lapor Anadolu Ajansi.
Ringkasan AI
- Presiden Trump menyatakan kemungkinan penutupan kerajaan AS yang berlarutan hampir berakhir, dengan ahli Kongres hampir mencapai kata sepakat untuk membiayai kerajaan sehingga akhir Januari.
- Walaupun terdapat persetujuan dwipartisan untuk pembayaran kerajaan, masih belum jelas sama ada Demokrat akan menyokong, kerana tuntutan utama parti tersebut tidak dipenuhi dalam perjanjian tersebut.
- Isu utama yang masih belum diselesaikan termasuk tuntutan Demokrat agar pekerja persekutuan yang dipecat semasa penutupan kerajaan dikembalikan ke jawatan masing-masing, dan pengundian masih perlu diluluskan oleh sekurang-kurangnya lapan senator Demokrat.
Masih tidak jelas sama ada Demokrat memberikan sokongan mencukupi memandangkan perjanjian itu tidak memenuhi dua tuntutan utama parti itu dalam isu kesihatan, termasuk lanjutan kredit cukai "Affordable Care Act" dan pembatalan pengurangan program Medicaid.
CNN melaporkan masih terdapat beberapa isu utama belum diselesaikan, termasuk tuntutan Demokrat agar semua pekerja persekutuan yang dipecat oleh Trump semasa penutupan kerajaan dikembalikan semula ke jawatan mereka, selepas beliau meningkatkan tekanan terhadap Demokrat supaya mencapai persetujuan.
Untuk langkah sementara itu diluluskan, sekurang-kurangnya lapan senator Demokrat perlu menyokongnya bagi melepasi ambang undian 60 majoriti.
Masa bagi sebarang kemungkinan pengundian masih belum ditentukan dan Senat kini ditangguhkan sehingga 8 malam waktu Timur (0100 GMT Isnin).
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


