JAKARTA: Setiausaha Agung ASEAN Datuk Lim Jock Hoi menyambut baik usaha rantau itu untuk menambah baik Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN (AHRD), sambil menggesa semua pihak berkepentingan supaya berusaha lebih gigih untuk memperjuangkan hak asasi manusia.
"Selain kemajuan ketara dalam pelaksanaan AHRD, masih banyak yang perlu dilakukan untuk merealisasikan sepenuhnya hak yang dinyatakan dalam Deklarasi itu," katanya.
"Ulang tahun itu memberi peluang tepat pada masanya untuk menggandakan usaha ASEAN secara kolektif untuk memperjuang dan mengarusperdanakan hak asasi manusia, dan pada masa yang sama menetapkan standard tatalaku untuk semua dalam komuniti ASEAN," katanya.
Lim berkata demikian pada Ulang Tahun ke-10 AHRD pada 18 Nov di Kemboja, anjuran Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR).
Negara anggota ASEAN menerima pakai sebulat suara AHRD pada mesyuarat 18 Nov 2012 di Phnom Penh, Kemboja, yang memperincikan komitmen negara anggota terhadap hak asasi manusia untuk lebih 600 juta penduduknya.
Pengerusi AICHR, Keo Remy berkata suruhanjaya itu telah berusaha keras dalam membangunkan piawaian dan norma hak asasi manusia serantau dalam konteks kepelbagaian rejim politik, ekonomi, budaya dan sosial.
Acara itu bertujuan mewujudkan platform dalam memperkukuh kerjasama serantau melalui pertukaran idea, pengetahuan serta amalan baik dalam mempromosi selain perlindungan hak asasi manusia di ASEAN.
Para peserta juga berkongsi pemantauan mereka selain membincangkan cabaran dan peluang dalam mengarusperdanakan hak asasi manusia melalui pengukuhan kerjasama merentas sektor ASEAN, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 29 2022

Negara anggota ASEAN menerima pakai sebulat suara AHRD pada mesyuarat 18 Nov 2012 di Phnom Penh, Kemboja, yang memperincikan komitmen negara anggota terhadap hak asasi manusia untuk lebih 600 juta penduduknya. -Facebook/ASEAN

Dua kanak-kanak maut dirempuh bas di pusat jagaan
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi ketika orang ramai sedang menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan tersebut.

Pakar undang-undang antarabangsa, Prof Rothwell sampai syarahan ulung di USIM
Beliau berkunjung ke USIM dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia bagi menyampaikan kuliah umum berjudul The Regime of Islands under International Law'

Michael Rechner isi posisi kontroversi Bayern Munich
Tindakan juara Bundesliga itu dikatakan berpunca daripada mengalami hubungan dinginnya dengan pengurus, Julian Nagelsmann.

Fenomena 'brain drain' masih boleh beri manfaat kepada negara - TPM Fadillah
Antara faktor berlakunya brain drain adalah kerana terdapatnya fasiliti dan sistem sokongan yang lengkap di negara lain.

Pendekatan 'merakyat' lonjak populariti Anwar di persada antarabangsa - Zambry
Pendekatan 'merakyat' Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan beliau dihormati dan sentiasa mendapat perhatian di persada antarabangsa.

TFC nafi Akhyar bakal berhijrah ke Terengganu
Menurut Ab Rasid, tiada sebarang perbincangan antara TFC dan JDT melibatkan pemain skuad kebangsaan kelahiran Kedah itu.

95 peratus Aduan Suri berjaya diselesaikan - Fuziah
Sebanyak 95 peratus daripada 909 aduan yang diterima menerusi kod QR Aduan Suri sejak bulan lepas berjaya diselesaikan dan diambil tindakan.

NCCIM gesa kerajaan pertimbang langkah alternatif berhubung kenaikan surcaj elektrik
Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) menggesa kerajaan mempertimbangkan langkah dasar alternatif berikutan pengumuman kenaikan drastik surcaj tarif elektrik.

Gempa bumi Turkiye-Syria: UNESCO bimbang kerosakan pada tapak warisan
UNESCO mengambil berat mengenai keadaan di bandar Purba Aleppo, Syria yang tersenarai sebagai "Warisan Dunia dalam Bahaya."

Penyelidik New Zealand hasilkan kajian terbaru mengenai bahaya banjir glasier
Tasik ini bahaya bagi mereka yang tinggal di hilir kerana banjir boleh berlaku secara tiba-tiba akibat kegagalan empangan semula jadi.

Malaysia perlu benarkan visa ketibaan kepada semua negara untuk kekal kompetitif - Tiong
Malaysia perlu sensitif kepada trend pasaran dan perlu membenarkan inisiatif pembukaan semula sepenuhnya itu secepat mungkin.

ASEAN perlu jadi lebih kuat untuk capai tahap pelancongan berkualiti, mampan - Sandiaga Uno
Negara-negara anggota harus terus mempromosikan ketersambungan, serta memudahkan prosedur dan dasar dari segi visa.

Menteri-Menteri Luar ASEAN kecam ektremis bakar al-Quran
ASEAN komited menggalakkan dialog dan persefahaman serta kewujudan bersama secara aman dan harmoni dalam komuniti global yang pelbagai.

Malaysia jadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN-GCC - Zambry
Malaysia akan menganjurkan sidang kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pada September atau Oktober tahun ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Kerjasama adil antara agenda Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN, kata Zambry
Agenda kerjasama yang adil dengan mana-mana blok, isu Myanmar, kestabilan rantau dan Islamofobia menjadi antara fokus perbincangan di Pemukiman Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM Retreat).

TRAVEX ASEAN platform untuk negara anggota rancakkan semula sektor pelancongan - Tiong
ATF 2023 mewakili harapan utama sektor pelancongan dalam membangunkan destinasi pelancongan utama serantau dan antarabangsa.

Malaysia dipertanggungjawab wujud kerjasama ASEAN dengan GCC, Kanada
Malaysia juga akan bertanggungjawab untuk memberikan tumpuan untuk meningkatkan hubungan antara ASEAN dan Kanada.

Timor Leste sertai mesyuarat ASEAN untuk kali pertama sebagai pemerhati
Timor Leste kini boleh menghadiri siri mesyuarat peringkat ASEAN sebagai pemerhati sehingga keputusan rasmi dibuat secara konsensus.

Malaysia berpotensi jadi hab automotif di pasaran ASEAN - Tengku Zafrul
Malaysia boleh menjadi hab automotif bagi pasaran ASEAN, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Zambry bersama menteri-menteri ASEAN bertemu Jokowi sebelum Mesyuarat ACC
Pelbagai perkara dibincangkan termasuk usaha mengukuhkan ASEAN dan meningkatkan kerjasama dalam kalangan negara anggota.