DUNIA
Perjuangan lebih sedekad, akhirnya naratif Palestin-Israel tidak lagi dikuasai barat - Bekas tahanan

Pemandangan dari udara, kemusnahan Rafah di Gaza akibat serangan tentera Israel. - Gambar fail/AP/Mohammad Abu Samra
KUALA LUMPUR: Media sosial telah membuka ruang kepada anak-anak muda untuk memahami situasi di Palestin secara telus – suatu senario yang jauh berbeza berbanding lebih sedekad lalu yang menyaksikan media dikuasai oleh negara-negara pro-Israel.
Ringkasan AI
- Akses terbuka kepada maklumat melalui media sosial membolehkan anak muda memahami isu Palestin secara lebih telus, mematahkan kawalan naratif oleh media pro-Israel seperti yang berlaku lebih sedekad lalu.
- Anak muda kini lebih peka terhadap penipuan dan manipulasi maklumat, serta aktif menyebarkan kebenaran dan menyuarakan solidariti kemanusiaan melalui platform digital.
- Flotila pembebasan terkini menunjukkan peningkatan penglibatan generasi muda dalam misi kemanusiaan, dengan pendekatan lebih tersusun, berteknologi dan berkesan berbanding misi terdahulu.
“Hari ini perkataan genosid boleh digunakan secara berleluasa 10 hingga 15 tahun lalu, apabila kita hendak menulis pengalaman kita, perkataan ‘pembunuhan’ atau ‘kekejaman’ tidak akan muncul dalam mana-mana media di dunia.
“Saya fikir ini satu pencapaian dari segi propaganda lawan. Kawalan terhadap naratif tidak lagi 100 peratus di tangan media-media antarabangsa dan Amerika Syarikat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.
Perjuangan lebih sedekad, akhirnya naratif Palestin-Israel tidak lagi dikuasai barat – Bekas tahanan Israel
Tambah Shamsul Akmar, perubahan ini juga membantu anak-anak muda untuk menepis sebarang kekeliruan dan penipuan yang cuba disajikan. Menurutnya, ini membantu menimbulkan kesedaran kemanusiaan dan mencetus idealisme untuk menentang sebarang bentuk kezaliman.“Hari ini pemikir-pemikir kecil ada saluran untuk menjelaskan naratif-naratif (pro-Isael) itu tidak benar atau naratif itu berkepentingan sepihak, cuba menutup kebenaran yang berlaku.
“Semua ini membantu anak-anak muda yang dekat dengan media sosial. Apabila mereka tonton media sosial, mereka dapat nilai. Contohnya, kenyataan (Perdana Menteri Israel) Benjamin Netanyahu boleh segera disedari sebagai penipuan susulan pendedahan yang boleh ditularkan dengan segera,” ujarnya.
Menyentuh lebih lanjut mengenai peranan belia dalam perjuangan pembebasan Palestin daripada cengkaman Israel, Aktivis Keamanan ‘Women’s Boat to Gaza’ dan Tahanan Israel pada tahun 2016, Dr. Fauziah Mohd Hassan berkata flotila pembebasan mutakhir ini telah menunjukkan nilai besar sumbangan generasi tersebut kepada usaha advokasi keamanan.
"Flotila ini, berbanding flotila kami pada 2016 (Women’s Boat to Gaza), semuanya wanita berusia 50-an dan 60-an. Pada tahun 2024 dan 2025 ini, semuanya orang muda.
“Ahli Jawatankuasa Pengelola Freedom Flotilla, Thiago Ávila berusia 38 tahun tetapi ada banyak pengalaman.
“Mereka beri nafas baharu melalui gerak kerja yang lebih tersusun, menggunakan teknologi dan mengemaskini data-data. Ini menjadikan pengurusan lebih teliti dan lebih baik,” kata Ahli Jawatankuasa Pemegang Amanah MyCARE itu.
Untuk konteks, kapal layar Madleen sepanjang 18 meter itu memulakan pelayaran ke Gaza pada 1 Jun dari Pelabuhan San Giovanni Li Cuti di Catania, Sicily, Itali, sebagai sebahagian daripada misi terkini anjuran Freedom Flotilla Coalition bagi memecahkan sekatan ke atas Gaza dan menghantar bantuan ke wilayah itu.
Seramai 12 individu berada di atas kapal Madleen, terdiri daripada 11 aktivis dan seorang wartawan.
Menurut penganjur, kapal itu membawa bekalan penting yang amat diperlukan penduduk Gaza, termasuk susu formula bayi, tepung, beras, lampin, tuala wanita, kit penyahgaraman air, bekalan perubatan, tongkat sokongan serta anggota palsu untuk kanak-kanak.
Pada Isnin, 12 aktivis antarabangsa ditahan pasukan keselamatan Israel di atas kapal bantuan Madleen berkenaan, termasuk aktivis iklim dari Sweden, Greta Thunberg dan ahli parlimen Eropah, Rima Hassan.
Dialog Tiga Penjuru: Dialog Tiga Aktivis Palestin

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami