awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permintaan arang batu global dijangka capai rekod tertinggi tahun ini - IEA

Bernama
Bernama
17/12/2025
20:15 MYT
Permintaan arang batu global dijangka capai rekod tertinggi tahun ini - IEA
Melihat ke hadapan, IEA yang berpangkalan di Paris berkata ramalannya menunjukkan penggunaan arang batu global akan mendatar dalam beberapa tahun akan datang sebelum mula menurun menjelang 2030. - AP
PARIS: Permintaan arang batu global dijangka mencapai paras tertinggi baharu tahun ini, menurut ramalan Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) pada Rabu walaupun trend penggunaan berbeza mengikut rantau, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Dalam laporan tahunan pasaran arang batunya, IEA menyatakan penggunaan arang batu global diunjurkan meningkat sebanyak 0.5 peratus kepada 8.85 bilion tan tahun ini.
Di Amerika Syarikat yang permintaan menurun dalam beberapa tahun kebelakangan ini, penggunaan dijangka meningkat kira-kira lapan peratus tahun ini. IEA mengaitkan peningkatan itu dengan harga gas asli yang lebih tinggi serta kelembapan dalam penamatan operasi loji jana kuasa arang batu di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump.
Di Kesatuan Eropah, permintaan arang batu pada 2025 menurun jauh lebih kecil berbanding dua tahun sebelumnya, ekoran pengeluaran tenaga angin dan hidro yang lebih rendah pada separuh pertama tahun ini, menyebabkan kebergantungan yang lebih besar kepada penjanaan berasaskan arang batu.
India, yang lazimnya menyumbang kepada pertumbuhan permintaan global, dijangka menjana tenaga yang lebih rendah daripada arang batu tahun ini. IEA berkata musim monsun yang datang lebih awal dan lebih kuat mengurangkan permintaan elektrik serta meningkatkan pengeluaran tenaga hidro.
Melihat ke hadapan, IEA yang berpangkalan di Paris berkata ramalannya menunjukkan penggunaan arang batu global akan mendatar dalam beberapa tahun akan datang sebelum mula menurun menjelang 2030.
Permintaan di China dijangka berkurangan sedikit menjelang 2030 seiring dengan pengembangan pesat kapasiti tenaga boleh diperbaharui. Sebaliknya, agensi itu menyatakan India berkemungkinan mencatat peningkatan penggunaan arang batu terbesar dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#Agensi Tenaga Antarabangsa
#arang batu
#permintaan global
#bahan bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan