awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permintaan penumpang global naik 2.6 peratus pada Jun - IATA

Bernama
Bernama
31/07/2025
20:30 MYT
Permintaan penumpang global naik 2.6 peratus pada Jun - IATA
Willie Walsh berkata, kadar itu lebih perlahan berbanding pada bulan-bulan sebelumnya dan mencerminkan gangguan akibat konflik ketenteraan di Timur Tengah. - Gambar fail/IATA
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) merekodkan peningkatan 2.6 peratus dalam jumlah permintaan penumpang global bagi Jun 2025.
Ketua Pengarahnya, Willie Walsh dalam satu kenyataan berkata, kadar itu lebih perlahan berbanding pada bulan-bulan sebelumnya dan mencerminkan gangguan akibat konflik ketenteraan di Asia Barat.
"Dengan pertumbuhan permintaan yang ketinggalan 3.4 peratus di belakang pengembangan kapasiti, faktor muatan merosot 0.6 mata peratus daripada paras rekod tertinggi sepanjang masa.
"Dengan faktor muatan 84.5 peratus di peringkat global, ia masih kukuh. Dan dengan pertumbuhan kapasiti yang sederhana 1.8 peratus yang dijangka dalam jadual Ogos, faktor muatan sepanjang musim panas di hemisfera utara dijangka tidak akan tersasar jauh daripada paras tertinggi yang merupakan satu sejarah baru-baru ini," katanya.
Berhubung pecahan mengikut rantau bagi pasaran penumpang antarabangsa, badan penerbangan itu berkata syarikat penerbangan Asia-Pasifik mencatatkan peningkatan permintaan sebanyak 7.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y), dengan kapasiti meningkat 7.5 peratus manakala faktor muatan berada pada 82.9 peratus, sedikit rendah 0.2 mata peratusan berbanding Jun 2024.
Ia berkata, syarikat penerbangan Eropah pula mencatatkan pertumbuhan permintaan sebanyak 2.8 peratus tahun ke tahun (y-o-y), manakala kapasiti meningkat 3.3 peratus dan faktor muatan berada pada 87.4 peratus.
"Syarikat penerbangan Amerika Utara mencatatkan penurunan permintaan sebanyak 0.3 peratus, peningkatan kapasiti 2.2 peratus dan faktor muatan ialah 86.9 peratus.
"Sementara itu, syarikat penerbangan Timur Tengah mencatatkan penurunan permintaan sebanyak 0.4 peratus. Kapasitinya meningkat 1.1 peratus tahun ke tahun manakala faktor muatan dicatatkan pada 78.7 peratus," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#IATA
#faktor muatan
#konflik ketenteraan
#pertumbuhan kapasiti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan