awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perompak larikan AS$2.2 juta dari bank di India

Bernama
Bernama
01/12/2023
07:52 MYT
Perompak larikan AS$2.2 juta dari bank di India
Rompakan itu berlaku di cawangan Punjab National Bank di daerah Ukhrul, 80 km dari ibu negeri Imphal, pada petang Khamis. - Reuters
NEW DELHI: Perompak bersenjata melarikan 188 juta rupee (AS$2.2 juta) dari sebuah bank di negeri timur laut Manipur yang dilanda keganasan.
Rompakan itu berlaku di cawangan Punjab National Bank di daerah Ukhrul, 80 km dari ibu negeri Imphal, pada petang Khamis, lapor media tempatan pada Jumaat.
Cawangan itu menyimpan wang tunai Reserve Bank of India untuk diedarkan kepada bank dan mesin juruwang automatik (ATM).
Perompak mengurung pengawal keselamatan dan pekerja di dalam bilik air sebelum melarikan wang dari bilik kebal, lapor Agensi Berita PTI.
Manipur yang bersempadan dengan Myanmar, kini dilanda konflik etnik sejak pertempuran meletus antara majoriti masyarakat puak Meitei dan Kuki-Zo pada Mei tahun ini.
Negeri itu juga berhadapan masalah pemberontakan.
Pada Rabu, kumpulan pemberontak yang dikenali sebagai United National Liberation Front (UNLF) bersetuju untuk menamatkan pemberontakan dalam "perjanjian damai" penting dengan kerajaan India persekutuan dan pentadbiran Manipur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bilik air
#perompak
#masalah pemberontakan
#perjanjian damai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan