Skip to main content

Malaysia

UK kekal rakan strategik perdagangan utama Malaysia

Menerima kunjungan hormat TYT Ajay Sharma, Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia di Menara PETRA hari ini. FB  Fadillah Yusof's Post Facebook Facebook Facebook Facebook Facebook Facebook Facebook Facebook Facebook Facebook Facebook Facebook Facebook Facebook Facebook Facebook Facebook Facebook Facebook Facebook Facebook Facebook Facebook Facebook Facebook Facebook Facebook Facebook Facebook Facebook Facebook Facebook Facebook Fadillah Yusof
Antara fokus utama yang dibincangkan termasuk kerjasama dalam bidang tenaga hijau, teknologi rendah karbon serta pembangunan mampan yang menjadi agenda penting kedua-dua negara. - Foto Facebook Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR: United Kingdom (UK) kekal sebagai antara rakan perdagangan strategik penting Malaysia, sekali gus menjadi asas kukuh kepada usaha memperkukuh hubungan dua hala yang memberi manfaat bersama antara kedua-dua negara.

Perkara itu dinyatakan ketika kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom (UK) ke Malaysia, TYT Ajay Sharma di Menara PETRA, hari ini, dalam usaha mempererat kerjasama sedia ada serta meneroka peluang baharu dalam pelbagai bidang strategik.

Pertemuan itu turut membuka ruang perbincangan lebih mendalam mengenai hala tuju kerjasama jangka panjang, khususnya dalam konteks perubahan ekonomi global yang semakin mencabar serta keperluan peralihan tenaga yang lebih mampan.

Menerusi perkongsian Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof di laman Facebooknya, beliau antara fokus utama yang dibincangkan termasuk kerjasama dalam bidang tenaga hijau, teknologi rendah karbon serta pembangunan mampan yang menjadi agenda penting kedua-dua negara.

Dalam pada itu, kedua-dua pihak melihat potensi besar untuk meningkatkan pelaburan serta perkongsian kepakaran dalam sektor berimpak tinggi yang dapat memberi manfaat kepada ekonomi Malaysia dan UK.

Ajay turut menzahirkan komitmen berterusan UK untuk terus memperkukuh hubungan dua hala dengan Malaysia, khususnya dalam usaha mempercepat peralihan ke arah masa depan yang lebih lestari dan mesra alam.

Kerjasama erat ini diharap akan terus diperkasa dari semasa ke semasa, selaras dengan aspirasi kedua-dua negara untuk memastikan hubungan strategik Malaysia–UK kekal relevan dan progresif dalam landskap global semasa.

Must Watch Video