Skip to main content

Malaysia

Kedai emas rugi RM300,000 disamun lelaki bersenjata tajam

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran. - Gambar hiasan/BERNAMA
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran. - Gambar hiasan/BERNAMA

Advertisement

Advertisement

KUALA LUMPUR: Sebuah kedai emas di Damansara Damai, Petaling Jaya kerugian RM300,000 selepas disamun seorang lelaki bersenjata tajam tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin Mamat berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 1.19 tengah hari.

“Satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan. Polis sedang giat mengesan suspek,” katanya.

Advertisement

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil ke balai polis berhampiran atau hubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya melalui talian 03-79662222 bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA

Advertisement

 

 

Must Watch Video

Advertisement