awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UCL: Mo Salah ketuai pesta jaringan Liverpool di Anfield
LVG catat hasil tambahan RM817 juta pada 2025
Polis tahan 30 lelaki pendatang asing di Nilai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertempuran berterusan di bumi Gaza

Agensi
Agensi
09/12/2017
21:03 MYT
Pertempuran berterusan di bumi Gaza
Rakyat Palestin terus bertempur pertahan Baitulmaqdis. - Foto REUTERS
Penunjuk perasaan warga Palestin terus bertempur dengan tentera Zionis Israel di bahagian timur Gaza pada Sabtu sebagai tindak balas terhadap pengiktirafan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu negara Yahudi.
Setakat ini, empat rakyat Palestina terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Zionis di Gaza.
Manakala Kementerian Kesihatan negara itu memaklumkan bahawa lebih daripada 20 warga Palestin cedera semasa pertempuran di Gaza.
Protes dan tunjuk perasaan terus merentasi wilayah Tebing Barat dan Gaza di Palestin untuk hari ketiga bantahan yang digelar "Hari Kemarahan" oleh warga Palestin.
BACA: Baitulmaqdis: Dua pejuang Hamas terkorban dalam serangan udara Israel
BACA: Imam Besar Al-Azhar tolak bertemu Naib Presiden Amerika
Trump pada Khamis menjadi presiden pertama AS yang mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Pada masa yang sama, beliau turut mengumumkan pelan memindahkan pejabat kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
Keputusan itu menimbulkan kemarahan dunia termasuk Malaysia yang mahu negara itu mengkaji semula keputusan tersebut kerana ia dilihat sebagai satu pencerobohan terhadap bangsa Arab dan umat Islam.
Pemimpin Hamas, Ismail Haniya pula menyifatkan keputusan tersebut sebagai deklarasi perang terhadap rakyat Palestin serta panggilan 'intifada' atau pemberontakan.
Haniya dalam satu ucapan di Kota Gaza pada Khamis berkata pengiktirafan Trump itu 'membunuh' proses perdamaian Israel-Palestin..
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#cedera
#Donald Trump
#Gaza
#Israel
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#presiden
#protes
#tentera
#Zionis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan