Pertemuan Joe Biden bersama komuniti kulit hitam di Kenosha

Astro Awani
September 4, 2020 02:40 MYT
Joe Biden bercakap pada satu sesi perbincangan dengan penduduk di Gereja Grace Lutheran seminggu selepas kekacauan terjadi susulan kes keganasan polis ke atas Jacob Blake, di Kenosha, Wisconsin, AS, 3 Sept, 2020. REUTERS
Calon Presiden Demokrat Joe Biden turun ke padang di Kenosha, Wisconsin bagi membincangkan isu yang dihadapi masyarakat kulit hitam.
Ia susulan insiden membabitkan Jacob Blake, yang ditembak tujuh kali oleh pihak polis ketika disaksikan anak-anaknya.
Susulan pertemuan bersama ahli keluarga Blake, Biden menyertai perbincangan di sebuah gereja bersama komuniti kulit hitam, termasuk ahli perniagaan dan pemimpin masyarakat sivil.
Blake kini lumpuh dari pinggang ke bawah akibat kecederaan daripada insiden tembakan itu.
BACA: Jacob Blake miliki pisau, kata penyiasat
BACA: NBA: Perlawanan ditunda gara-gara protes selepas Jacob Blake ditembak
BACA: Tunjuk perasaan bertukar ganas di Wisconsin, dua terbunuh
Ia sekali lagi mencetuskan protes, yang menyaksikan dua penunjuk perasaan maut akibat ditembak oleh salah seorang peserta protes.
Ini merupakan lawatan rasmi pertama Biden di Kenosha, yang dilihat sebagai pendekatan yang amat berbeza daripada seteru politiknya, Donald Trump.
#calon #Donald Trump #Jacob Blake #Joe Biden #keluarga #kulit hitam #lumpuh #maut #Penunjuk perasaan #perbincangan #polis #presiden #protes #tembak #tembakan