awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertuduhan jenayah terhadap ketua Wagner Prigozhin akan digugurkan -- Kremlin

Bernama
Bernama
25/06/2023
09:30 MYT
Pertuduhan jenayah terhadap ketua Wagner Prigozhin akan digugurkan -- Kremlin
Peskov berkata Yevgeny Prigozhin (foto) akan berpindah ke Belarus tetapi tiada maklumat lanjut berhubung perkara itu. - Gambar fail/EUTERS/Yulia Morozova
MOSCOW/ ISTANBUL: Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov pada Sabtu berkata bahawa pertuduhan jenayah terhadap ketua kumpulan separa tentera Wagner akan digugurkan, lapor Agensi Anadolu.
Peskov berkata Yevgeny Prigozhin akan berpindah ke Belarus tetapi tiada maklumat lanjut berhubung perkara itu.
Jurucakap itu menyatakan bahawa Presiden Belarus Aleksandr Lukashenko menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai orang tengah antara Prigozhin dan pihak berkuasa Rusia kerana beliau secara peribadi mengenali Prigozhin selama 20 tahun.
"Terdapat matlamat lebih utama -- untuk mengelakkan pertumpahan darah, untuk mengelakkan konfrontasi dalaman, untuk mengelakkan akibat yang tidak dapat dijangka. Presiden (Rusia) (Vladimir) Putin telah membuat keputusan yang sesuai," katanya pada sidang media di Moscow.
Ditanya mengenai jaminan keselamatan buat Prigozhin ke Belarus, Peskov berkata: "Jaminan itu adalah kata-kata Presiden Rusia."
Peskov menafikan kemungkinan tawar-menawar mengenai rombakan di Kementerian Pertahanan Rusia antara Prigozhin dan Lukashenko.
Bagi pejuang Wagner lain yang enggan mengambil bahagian dalam "perarakan" Prigozhin ke Moscow, mereka akan menandatangani kontrak dengan Kementerian Pertahanan Rusia.
Operasi rejim antipengganas, yang diumumkan berikutan Prigozhin bercadang untuk menggulingkan ketua tentera, akan dibatalkan tidak lama lagi, kata Peskov.
Pegawai itu berhujah bahawa keadaan itu tidak memberi sebarang kesan ke atas "operasi ketenteraan khas" di Ukraine.
Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia sebelum ini memaklumkan kenyataan Prigozhin sebagai "seruan kepada pemberontakan bersenjata" dan membuka kes jenayah terhadapnya.
Putin dalam ucapannya pada 24 Jun lalu menggelar tindakan Prigozhin sebagai "pemberontakan bersenjata" dan "pengkhianatan".
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pertuduhan jenayah
#ketua Wagner
#kremlin
#Yevgeny Prigozhin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan