ISTANBUL: China, negara paling ramai penduduk di dunia kini menyaksikan pertumbuhan negatif pada 2022, penurunan populasi paling rendah dalam tempoh lebih enam dekad, menurut data negara yang dikeluarkan pada Selasa.
Jumlah penduduk China merosot 850,000 tahun lepas, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Biro Perangkaan Kebangsaan (NBS).
"Menjelang akhir 2022, penduduk negara itu seramai 1,411.75 juta (termasuk penduduk 31 wilayah, wilayah autonomi dan majlis perbandaran dan anggota perkhidmatan), penurunan sebanyak 0.85 juta berbanding pada akhir 2021," menurut kenyataan NBS.
Data itu tidak meliputi penduduk Hong Kong, Macao dan Taiwan, serta warga asing yang tinggal di 31 wilayah, wilayah autonomi dan majlis perbandaran.
Data itu menunjukkan terdapat 9.56 juta kelahiran dengan kadar kelahiran 6.77 setiap seribu.
"Orang ramai tidak perlu terlalu bimbang kerana isu utama adalah sama ada populasi, struktur demografi dan sistem perindustrian adalah serasi," kata Pengarah NBS Kang Yi sebagai menjawab soalan mengenai sama ada penduduk China akan terus menurun.
"Trend ini akan berterusan," ramal beliau.
"Pembekalan keseluruhan tenaga buruh masih lebih besar daripada permintaan. Ia tidak bermakna apabila jumlah penduduk berkurangan, hasil demografi hilang," Shanghai Daily memetik Kang sebagai berkata.
"Penurunan populasi China pada 2022 disebabkan oleh penurunan kelahiran baharu yang berkaitan dengan penurunan kesuburan, kelewatan dalam perkahwinan dan bersalin serta penurunan bilangan wanita dalam usia melahirkan anak," katanya.
Ia merupakan "kali pertama sejak 1950 jumlah kelahiran baharu merosot di bawah 10 juta dan tahun ketiga kadar kelahiran negara telah jatuh di bawah 1 peratus," lapor akhbar harian China Global Times
Data NBS menunjukkan jumlah kematian melebihi jumlah kelahiran tahun lalu, menyebabkan jumlah penduduk berkurangan daripada 1.4126 bilion pada 2021 kepada 1.4118 bilion tahun lepas.
Tahun lepas, kadar kematian seramai 7.37 setiap seribu.
Data itu menunjukkan 9.56 juta bayi dilahirkan tahun lepas, penurunan 9.98 peratus daripada 10.62 juta bayi sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 17 2023
Jumlah kematian melebihi jumlah kelahiran tahun lalu, menyebabkan jumlah penduduk berkurangan daripada 1.4126 bilion pada 2021 kepada 1.4118 bilion tahun lepas. - Gambar hiasan
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
9 maut dalam kebakaran gudang di timur China
Sembilan individu yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam kebakaran yang berlaku di sebuah gudang sejuk beku yang sedang dalam pembinaan di wilayah Shandong, timur China telah ditemukan maut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump lantik bekas Senator David Perdue sebagai Duta AS ke China
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump pada Khamis mengumumkan pelantikan bekas Senator David Perdue sebagai duta Amerika Syarikat ke China.
Jumlah pengguna produk AI generatif di China cecah 230 juta
Jumlah pengguna produk kecerdasan buatan (AI) generatif di China mencecah 230 juta pada Jun 2024, mencerminkan penggunaan meluas teknologi berkenaan dalam pelbagai industri di negara itu.
Beijing catat penurunan kes HIV baharu
Beijing mencatatkan penurunan membabitkan kes HIV/AIDS baharu sepanjang 10 bulan pertama 2024, menurut pihak berkuasa kesihatan perbandaran pada Ahad.
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN komited selesai isu Laut China Selatan
Malaysia komited untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.