awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perubahan iklim: Banjir di New York akan jadi 'norma baharu' - Gabenor

Astro Awani
Astro Awani
02/10/2023
00:00 MYT
Perubahan iklim: Banjir di New York akan jadi 'norma baharu' - Gabenor
Seorang lelaki melintasi jalan yang ditenggelami air banjir di Brooklyn, AS susulan hujan lebat. - Foto REUTERS
NEW YORK: Hujan lebat yang menyebabkan banjir kilat di New York City, Amerika Syarikat (AS) pada jumaat, mencerminkan "norma baharu" akibat kesan perubahan iklim.
Gabenor New York, Kathy Hochul, memberi amaran ketika banjir bandar itu mula reda selepas melalui salah satu hari paling lembap pernah berlaku.
Hampir 20 sentimeter hujan melanda di beberapa bahagian bandar paling ramai penduduk di AS.
Ia cukup untuk membolehkan seekor singa laut di zoo Central Park berenang sebentar keluar dari kurungan kolamnya.
Walaupun risiko banjir di bandar itu telah surut menjelang tengah hari Sabtu, sebuah hospital perbandaran di wilayah Brooklyn berkata, ia akan memindahkan semua pesakit dan kakitangan berikutan gangguan bekalan elektrik sehari sebelumnya.
Hujan lebat menyebabkan beberapa jalan bertukar menjadi sungai dan ia turut membuatkan bas dan kereta terkandas selama berjam-jam.
Banjir itu turut memaksa beberapa laluan kereta api bawah tanah dan komuter ditutup.
Tiada kematian dilaporkan akibat ribut itu.
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#perubahan iklim
#norma baharu
#Kathy Hochul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan