LOS ANGELES: Sebuah pesawat Alaska Airlines dilapor terpaksa melakukan pendaratan cemas di Oregon, Amerika Syarikat pada Jumaat.
Kejadian berlaku selepas penumpang mengadu panel tingkap pesawat berkenaan tercabut dipercayai selepas berdepan masalah tekanan.
Penerbangan 1282 itu selamat melakukan pendaratan cemas selepas berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Portland sekitar jam 5 petang waktu tempatan.
Ketika kejadian, pesawat tersebut membawa 171 penumpang dan enam anak kapal.
Menurut laman web pendaftaran Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat, pesawat itu disahkan layak terbang pada Oktober.
Sementara itu, syarikat Boeing dalam catatan di platform X memaklumkan pihaknya sedang mengumpul lebih banyak maklumat, dan siasatan sedang dijalankan.
Dalam masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif Alaska Airlines, Ben Minicucci dalam satu kenyataan memaklumkan syarikat itu telah menggantung perkhidmatan semua pesawat Boeing 737-9. -- Agensi
Agensi
Sat Jan 06 2024
Kejadian berlaku selepas penumpang mengadu panel tingkap pesawat berkenaan tercabut dipercayai selepas berdepan masalah tekanan. - Foto Reuters
Pameran alatan media lama, sejarah media Sarawak antara tarikan di HAWANA 2024
Antara bahan yang akan dipamerkan ialah peralatan media lama yang popular pada zamannya seperti kamera lama, radio lama, alat rakaman, kamera video.
Biden selar waran tangkap ICC terhadap Netanyahu, menteri Israel
Biden turut menyifatkan permohonan pendakwa raya ICC untuk keluarkan waran tangkap terhadap pemimpin Israel sebagai keterlaluan.
Pembatalan permit persembahan Sharul Channa ambil kira laporan polis video berkait isu 3R
Terdapat sejumlah laporan polis diterima berkait video lama oleh pelawak dari Singapura itu, yang dimuat naik semula baru-baru ini.
Lelaki rentung dalam kebakaran rumah flat di Damansara Damai
JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran melibatkan kediaman mangsa berusia lingkungan 40-an itu pada 8.58 malam tadi.
17 maut, 8 cedera kenderaan terjunam ke dalam gaung di Chhattisgarh, India
Pegawai berkata kenderaan pikap itu membawa 25 pekerja yang pulang selepas memetik daun tendu dari kawasan hutan.
Iran akan adakan perarakan jenazah Raisi di Tabriz pada Selasa
Hosseini berkata jenazah Raisi dan mangsa-mangsa lain nahas helikopter itu disimpan di tanah perkuburan Tabriz pada Isnin malam.
Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak
Yee Sze Mun membuktikan bahawa usia 86 tahun bukan penghalang bagi seorang individu menyertai perlumbaan sukan lasak Ironman.
RISDA saran pemilik tanah sertai tanaman semula getah berkelompok
Menerusi TSB, pekebun kecil dapat menikmati pelbagai manfaat termasuk bantuan teknikal, sokongan kewangan dan akses kepada teknologi moden.
TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera
Dana yang menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.
Malaysia teroka tenaga solar di kawasan tadahan air
Malaysia sedang teroka cara untuk mengoptimumkan kawasan tadahan air bagi menjana tenaga solar tanpa menjejaskan alam sekitar dan kualiti air.
Alaska Airlines temukan banyak bolt longgar pada pesawat Boeing MAX 9
Permintaan saya kepada Boeing ialah apa yang mereka akan lakukan untuk meningkatkan program kualiti dalaman, kata Minicucci.
Palam pintu pesawat tercabut, CAAM tawar bantuan kepada FAA Amerika Syarikat
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bersedia menawarkan bantuan kepada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS).
Penumpang Alaska Airlines saman Boeing selepas panel pintu pesawat tercabut
Alaska Airlines bagaimanapun tidak dinamakan sebagai defendan dalam tuntutan mahkamah.
Alaska Airlines batal semua penerbangan pesawat 737 MAX-9 sehingga Sabtu
Alaska Airlines pada Rabu mengumumkan pembatalan semua penerbangan yang melibatkan pesawat Boeing 737 MAX-9 sehingga Sabtu.
Insiden Alaska Airlines: FAA gantung operasi 171 pesawat Boeing 737 Max 9
Pemeriksaan yang diperlukan akan mengambil masa kira-kira empat hingga lapan jam bagi setiap pesawat.
Pesawat Alaska Airlines mendarat cemas, panel tingkap tercabut
Alaska Airlines menggantung perkhidmatan semua pesawat Boeing 737-9 miliknya pada Jumaat.
Juruterbang mogok, lebih 120 penerbangan dibatalkan
Lebih 120 penerbangan Alaska Airlines terpaksa dibatalkan selepas kebanyakan juruterbangnya melakukan mogok di beberapa bandar utama negara itu.