awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat bawa Nancy Pelosi jadi kapal terbang paling dijejaki di seluruh dunia

Astro Awani
Astro Awani
02/08/2022
11:37 MYT
Pesawat bawa Nancy Pelosi jadi kapal terbang paling dijejaki di seluruh dunia
Berdasarkan laman web pengesan penerbangan, Flightradar24, pesawat SPAR19 dijejaki lebih 107,000 pengguna petang Selasa. - Foto/Flightradar24/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pesawat Tentera Udara Amerika Syarikat (AS), yang membawa Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi menjadi kapal terbang yang paling dijejaki di dunia pada Selasa.
Minat global terhadap pergerakan pesawat yang membawa satu-satunya wanita yang pernah berkhidmat sebagai Speaker dewan itu dan delegasinya dipercayai ada kaitan dengan laporan bahawa Taiwan turut berada dalam jadual lawatannya.
BACA: Nancy Pelosi kunjungi Speaker Dewan Rakyat di Parlimen
BACA: Lapangan Terbang Taipei terima ancaman bom susulan lawatan Pelosi
Berdasarkan laman web pengesan penerbangan, Flightradar24, pesawat SPAR19 dijejaki lebih 107,000 pengguna pada petang Selasa.
Pada Selasa Pelosi, 82, tiba di Malaysia dari Singapura bagi lawatan rasmi.
Pesawat khas yang membawa ahli politik Demokrat itu bersama delegasi mendarat di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada jam 10.33 pagi.
Kuala Lumpur menjadi lokasi persinggahan kedua Pelosi selepas melawat Singapura sebelum beliau dijadual ke Korea Selatan dan Jepun.
Menurut laporan media, Pelosi yang kini dalam jelajah rasmi Asia, akan 'singgah' di Taiwan dan dijadual bertemu Presiden Tsai Ing-wen pada Rabu. Bagaimanapun tiada pengesahan rasmi berkenaan laporan itu.
China sebelum ini mendakwa lawatan tersebut mencerminkan sikap AS tidak menghormati polisi One-China memandangkan Taiwan masih di bawah pemerintahannya, biarpun wilayah itu telah ditadbir secara demokrasi.
Dalam perkembangan lain, South China Morning Post pula melaporkan pesawat SPAR19 dilihat berlepas dari Kuala Lumpur pada jam 3.42 petang tadi.
Menurut media Taiwan, pesawat yang membawa Pelosi dijangka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Songshan sekitar jam 10.20 malam, namun tidak dapat dipastikan sama ada pesawat itu diiringi oleh pesawat tentera AS atau tidak.
Topic Berkaitan
#Lawatan rasmi Nancy Pelosi
#Pesawat Nancy Pelosi dijejaki
#Flightradar24
#lawatan Pelosi ke Taiwan
#Taiwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan