Skip to main content

Malaysia

Remaja perempuan ditemukan cedera parah di dalam tandas

PENAMPANG - Seorang remaja perempuan ditemukan berlumuran darah dengan kecederaan di bahagian leher dipercayai dikelar dalam kejadian di dalam tandas di Kampung Tuntuluk, di sini pada Khamis.  Dalam kejadian kira-kira jam 1
Seorang remaja perempuan warga asing ditemukan cedera parah di dalam tandas sebuah rumah di Kampung Tuntuluk, tengah hari tadi. - Foto Sinar Harian

PENAMPANG: Seorang remaja perempuan warga asing ditemukan cedera parah di dalam tandas sebuah rumah di Kampung Tuntuluk, di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang Superintenden Sammy Newton berkata mangsa yang berusia 16 tahun, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mengalami kecederaan pada bahagian leher.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu dan masih menerima rawatan. Pihak polis sedang mengesan seorang suspek lelaki berumur lingkungan 30-an, bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sammy berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian, boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang ASP Hairie Awang Akub di talian 016-8032849.

Terdahulu tular sebuah video berdurasi 18 saat, memaparkan kenderaan polis berada di sebuah rumah yang merupakan lokasi kejadian itu.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video