awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat hilang 'hidung' kerana hujan batu

Sinar Harian
Sinar Harian
11/06/2024
01:00 MYT
Pesawat hilang 'hidung' kerana hujan batu
Gambar yang tular menunjukkan radom hidung, bahagian aerodinamik yang menutupi bahagian depan pesawat tercabut sepenuhnya selain kesan lekuk akibat impak hujan batu tersebut. - Foto Sinar Harian/Agensi
VIENNA: Sebuah pesawat milik Austrian Airlines berjaya mendarat cemas di Vienna selepas hujan batu meranapkan kon hidung pesawat dan menyebabkan keretakan pada tingkap hadapan kokpit.
Insiden cemas itu berlaku selepas penerbangan OS434 berdepan ribut hujan batu setelah meninggalkan Palma de Mallorca pada jam 3.55 petang (waktu tempatan) pada Ahad lalu.
"Kesemua penumpang selamat. Ia berdepan detik mengerikan itu ketika menghampiri Vienna dan ancaman hujan batu tersebut tidak terpampang pada radar cuaca
"Berdasarkan penilaian semasa, hujan batu itu turut menyebabkan kerosakan pada beberapa panel," ujar syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.
Gambar yang menjadi tular menunjukkan radom hidung, bahagian aerodinamik yang menutupi bahagian depan pesawat tercabut sepenuhnya selain kesan lekuk akibat impak hujan batu tersebut.
Kedua-dua tingkap rosak teruk, namun masih utuh.
Difahamkan, pesawat sememangnya dibina untuk bertahan cuaca yang teruk termasuk hujan batu, sambaran kilat dan pergolakan udara.
Insiden pesawat berdepan cuaca buruk semakin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini dan kali terakhir melibatkan pesawat Singapore Airlines hingga meragut satu nyawa penumpang manakala puluhan dilaporkan cedera. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#pesawat
#hujan batu
#Austrian Airlines
#ribut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan