Skip to main content
Advertisement

Dunia

Pesawat kecil terhempas di Kenya, lima maut

51550118825_Kemalangan.jpg
51550118825_Kemalangan.jpg

Advertisement

Lima maut selepas sebuah pesawat ringan Cessna 206 terhempas di daerah Londiani, Kenya pada Rabu.

Menurut pihak berkuasa, antara tiga yang maut adalah warga Amerika Syarikat manakala dua lagi masih belum dapat dikenal pasti identiti mereka.

Nama dan maklumat peribadi mangsa juga masih belum didedahkan oleh pihak berkuasa sehingga dimaklumkan kepada ahli keluarga.

Komander Kericho County, James Mugera berkata, pesawat tersebut dikemudi oleh juruterbang tempatan.

Mereka sedang dalam perjalanan ke bandar Lodwar di daerah utara Kenya dan terhempas di satu kawasan lapang di Kericho, barat Nairobi. 

Punca kejadian masih disiasat.



Must Watch Video

Advertisement