Penerbangan Malaysia Airlines MH1 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London ke Kuala Lumpur malam tadi terpaksa berpatah balik susulan dikesan mengalami masalah teknikal pada salah satu pintu pesawatnya.

Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan syarikat berkenaan, juruterbang membuat keputusan untuk berpatah balik ke London sewaktu pesawat sedang meluncur di ruang udara Jerman.

Tambah kenyataan itu, bunyi dan getaran daripada pintu yang bermasalah itu bagaimanapun tidak membawa sebarang risiko.

“Pesawat dijadual mendarat di Heathrow, London dan akan menjalani penilaian oleh pasukan kejuruteraan dan staf teknikal Airbus.

“Demi kepentingan keselamatan penumpang, kapten pesawat membuat keputusan untuk kembali ke Lapangan Terbang Heathrow,” kata kenyataan itu.


Penerbangan MH1 menggunakan model Airbus A380-800 terbang di laluan berkenaan setiap hari.

“Keselamatan adalah keutamaan Malaysia Airlines. Pihak syarikat akan mengemas kini maklumat kepada pelanggan dari semasa ke semasa.