awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPA komited perkhidmatan awam pantas, berorientasikan rakyat selari amanat PM 2026
Ee Wei sasar musim 2026 lebih sihat, bebas kecederaan
Permintaan domestik, lonjakan e-dagang pacu sektor logistik Malaysia - Kenanga Research
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat pejuang Tentera Udara Thailand terhempas

Bernama
Bernama
08/03/2022
15:31 MYT
Pesawat pejuang Tentera Udara Thailand terhempas
Media tempatan melaporkan juruterbang kini menerima rawatan di hospital terdekat dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. - Gambar hiasan/ www.f-16.net
BANGKOK: Sebuah jet pejuang F-16 Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF) terhempas semasa menjalani sesi latihan di timur laut wilayah Chaiyaphum pada Selasa.
Bagaimanapun, juruterbangnya terselamat dan mengalami cedera ringan selepas melenting keluar dari pesawat dan mendarat di kawasan sawah menggunakan payung terjun.
Jurucakap RTAF Naib Marsyal Udara, Prapas Sornchaidee, berkata kejadian berlaku kira-kira 1.40 petang (waktu tempatan) selepas jet itu dipercayai mengalami kerosakan.
"Pasukan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan mengenai nahas itu.
"Pasukan penyiasat turut dihantar ke lokasi nahas untuk menjalankan siasatan," katanya.
Media tempatan melaporkan juruterbang kini menerima rawatan di hospital terdekat dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Pada 5 Dis, juruterbang jet F-5 cedera selepas pesawat dipandunya terhempas semasa menjalani latihan di daerah Chai Badan dekat Lopburi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesawat pejuang
#Thailand
#F-16
#terhempas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan