DUNIA
Pesawat ringan terhempas di kawasan perumahan California, 2 maut
LOS ANGELES: Sebuah pesawat ringan terhempas di kawasan kediaman di Santee, 220 kilometer (km) selatan Los Angeles pada Isnin mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang.
Menurut Xinhua, pesawat itu terhempas kira-kira 12.15 tengah hari waktu tempatan dan pihak berkuasa belum dapat memastikan jumlah sebenar penumpang dalam pesawat itu.
Video yang dirakam FOX 5 News menunjukkan pesawat yang terbakar itu memusnahkan dua buah rumah.
Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan untuk mengesahkan sama ada penghuni rumah berkenaan selamat atau sebaliknya.Seorang saksi kejadian memberitahu wartawan FOX 5 beliau mendapat panggilan telefon daripada jirannya yang memberitahu ibu dan ayahnya dikejarkan ke hospital.
Punca nahas sedang disiasat.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami