awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elak jadi mangsa penipuan rumah kebajikan palsu - Nancy
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
Malaysia utamakan pelaburan jangka panjang, berorientasikan nilai dalam mineral kritikal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat tentera China, Rusia masuk zon pertahanan udara Korea Selatan tanpa notis - Tentera

Bernama
Bernama
06/06/2023
09:53 MYT
Pesawat tentera China, Rusia masuk zon pertahanan udara Korea Selatan tanpa notis - Tentera
Zon pertahanan udara bukanlah ruang udara wilayah tetapi ditetapkan untuk meminta pesawat asing memperkenal diri bagi mengelak pertempuran tidak sengaja. - Gambar hiasan/AP
SEOUL: Empat pesawat tentera China dan empat pesawat tentera Rusia memasuki zon pengenalan diri ruang udara pertahanan Korea Selatan (KADIZ) tanpa notis pada Selasa, kata tentera Seoul, menyebabkan Tentera Udara Korea Selatan menghantar jet pejuangnya ke tempat itu.
Pesawat China dan Rusia itu memasuki bahagian selatan dan timur KADIZ masing-masing antara 11.52 pagi dan 1.49 tengah hari, lapor agensi berita Yonhap, memetik Ketua Staf Bersama (JCS).
Mereka tidak mecabuli ruang udara Korea Selatan, katanya.
"Tentera kami mengenal pasti pesawat China dan Rusia sebelum mereka masuk ke KADIZ dan mengerahkan jet pejuang Tentera Udara untuk mengambil langkah taktikal sebagai persediaan menghadapi kemungkinan situasi kemalangan," kata JCS dalam mesej teks yang dihantar kepada pemberita.
Penerbangan mereka ke KADIZ dibuat selepas ketua pertahanan Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Jepun menekankan komitmen mereka untuk mengukuhkan kerjasama keselamatan tiga hala di luar Dialog Shangri-La, persidangan keselamatan tahunan di Singapura, pada hujung minggu lepas.
Zon pertahanan udara bukanlah ruang udara wilayah tetapi ditetapkan untuk meminta pesawat asing memperkenal diri bagi mengelak pertempuran tidak sengaja.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pesawat Tentera China
#ruang udara pertahanan Korea Selatan
#Rusia
#tanpa notis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan